Tuesday, April 27, 2010

Renyai Hujan


Suasana desa permai dilanda hujan renyai-renyai bahasa membuatkan saya mengambil peluang menikmati “bau hujan” yang sedap dan menyegarkan…Jangan tak tahu bau hujan sangat sedap…. Hijau dan coklat tanah memenuhi ruangan desa saya. Sekarang  adalah musim membajak dan menabur...

Sebagai rutin mengambil adik sepupu di Pasti Nurul Hayyah beralih kepada saya sekiranya saya pulang ke desa. Pagi-pagi lagi bak kata orang utara “sesubuh sepi’ei” lagi saya mendengar riuh rendah Mak dan Ayah berbincang untuk ke suatu tempat. Saya mencelah, “Ada apa mak?”, saya yang terpisat-pisat ke bilik satu lagi. “Mertua kak chik meninggal, mak dengan ayah nak pi mengunjung (menziarah)”, kata Mak. “Innalillahi wainna ilaihi rajiumm..Ooo.. kat mana mak?”, saya bertanya lagi sambil dalam kepala membuka kotak maya yang mana satu ya. “Dekat Tandoop, Kak tak boleh ikut. Sebab nanti Kak kena ambil Teah dan Mie kat Pasti, Maksu dekat hospital, Paklang tak dak”, kata Mak lagi. “Baik mak”, saya menjawab.

Lalu…

Insiden di simpang Pasti tengah hari tadi memang melucukan. Setelah jarum di rumah menunjukkan 12 tengah hari saya bergergas mengambil Teah dan Mie di Pasti nun di hujung kampong. Tiba-tiba di pertengahan jalan, kereta tersenguk-senguk, sememangnya keretanya itu tanda aras minyak udah lama kerosakan. Makanya saya fikir, apakah minyak kehabisan..atau memang rosak enjin atau sebagainya. Waduh berpeluh saya. Kesenggukan kereta itu sempat saya gagahi sehingga masuk ke simpang masuk Pasti Hayyah. Alhamdulillah masuk juga simpang lantas enjin termati ditengah-tengah lorong ke pasti. Kelihatan dua biji kereta dari arah bertentangan menanti untuk melalui lorong tersebut. “Kok gimana mahu lalu…..keretanya ngak mahu hidup” Saya mencuba dihidupkan lagi enjin, mungkin bukan disebabkan minyak. Maka…ramailah orang berkerumun di kereta itu termasuklah saya yang kepeluhan. Rumah sebelah yang tidak pernah saya tahu siapa penghuninya turut turun padang. Mujur juga ustazah di Pasti itu kawan saya semasa kecil, dapatlah pinjam motosikalnya ke kedai yang berdekatan. Asalnya dia agak keraguan sama ada saya boleh bermotor, dengan muka “confident” saya kata padanya “boleh-boleh” tetapi akhirnya malu juga sebab bila saya start motor tak hidup. He he.. Setelah itu, saya mengangkut kedua adik-adik saya yang beruniform hijau ke rumah Ibu dan ditinggal sebentar dengan bibik. Terkekek-kekek bibik melihat saya membonceng adik-adik lalu dikatanya “Kok motor siapa di ambilnya Dik…” Saya hanya tersengeh, belum sempat menjawab adik-adik saya dahulu tingkah menjawab persoalan bibik. Kerja-kerja mendapatkan petrol berjalan dengan baik. Anak kedai runcit di Kak Melah ‘Alam turut berkerjasama dengan baik siap buatkan saya corong isi petrol untuk memudahkan petrol dimasukkan dalam kereta. Ustazah Pasti a.k.a kawan semasa kecil turut teman saya di bawah terik panas matahari lit-lit. Kira-kira sepuluh minit kereta dapat dihidupkan enjinnya.. Tergelak-gelak saya dan Ustazah Pasti.. Misi berjaya!

Kembali..

Alhamdulillah atas nikmat hujan pada selasa yang tenang.. syukur Ya Allah…
Wahai nafsu..alangkah peliknya urusan kamu..sikap kamu…dan bagaimana dahsyatnya kejahilan kamu..alangkah keras kedegilan kamu. Hairan sungguh kamu kerana kamu buta tidak nampak apa yang jelas didepan kamu…

Hai nafsu…kamu jadi mabuk, kamu dimabukkan oleh pangkat (cintakan pangkat) dan menyebabkan kamu lalai daripada memahami, kamu tidak fikirkah??sesungguhnya dengan pangkat hati manusia akan tertumpu dengan kamu..cenderung manusia dengan kamu, semua sanjungi kamu dengan pangkat, apa yang kamu dapat selepas 50 tahun akan datang? Orang yang menyanjungi kamu akan tiada lagi.. tidak seorang pun yang akan sujud dengan kamu dan sehingga tiada seorang pun yang mengingati kamu. Bagaimana kepada raja-raja dahulu yang hebat daripada kamu lagi akhirnya semadi di dalam kubur tiada lagi ingatan. Kenapa kamu mencari apa yang boleh menghilangkan kesejahteraan? Sedangkan apa yang kamu cari itu langsung tidak kekal 50 tahun pun..

Kesian sungguh kepadamu nafsu.. Hei nafsu … kenapa kamu tidak boleh tinggalkan dunia untuk dapatkan akhirat? Dan supaya membersihkan diri daripada penat lelah untuk mendapatkan dunia semata-mata. Dan kamu hendaklah menghindarkan diri kamu daripada dunia yang fana ini.. kenapa kamu tidak menjauhkan diri daripada dunia ini. Matlamatmu adalah akhirat!

~Kuliah al-Ustaz Syeikh Baderuddin~ isnin malam selasa

“carilah pangkat di sisi Allah jangan cari pangkat di sisi manusia”

Apa yang ada jarang disyukuri
Apa yang tiada sering dirisaukan
Nikmat yang dikecap barukan terasa
Bila hilang di dalam genggaman

Apa yang diburu timbul rasa jemu
Bila sudah di dalam genggaman

Dunia ibarat air laut
Diminum hanya menambah haus
Nafsu bagaikan fatamorgana
Indah di mata namun tiada

Panas yang membahang disangka air
Dunia dan nafsu bagai bayang-bayang
Dilihat ada ditangkap hilang

Tuhan leraikanlah dunia
Yang mendiam di dalam hatiku
Kerana di situ tidak ku mampu
Mengumpul dua cinta

Hanya cinta-Mu
Ku harap tumbuh
Dibajai bangkai nafsu yang kubunuh

~renyai hujan~

6 comments:

Cik Yayang said...

Bila lah gamak nya dpt pi bermalam di umah Santana yer? Ke Santan, cik yayang dh berjaya smpai...cuma nya blum bertemu rumah nya sajer..:-)

maaf kan saya, krn saya tergelak tatkala mmbaca entry ini, temanku..:-)

fiezarmy said...

Hehe..insya Allah cik yayang...awak dah pasang niat yg baik tu..misti dapat juga bermalam di sini. nama kampung saya Kampung Santan. Santana tu dikyah la punye keje....

ngak apa2 sih... lucu ya...hehehe....

Dato' Shah said...

Best ke Santan? Nak tukar kepada Santana, please make sure di sana ada wireless.

fiezarmy said...

of course la dato' shah!
kat sini semua dah ada. jangan risau lah dato' pun blh update blog hari kalau balik Santana nnt. ;)

Ummu Izzuddeen said...

Aduhai...teringat kat udin :) kenangan membonceng si udin heheh..kat ne skang? BSP kah atau santana kah?

fiezarmy said...

ummu izz..

udin peneman di pantai dalam dan sg.pusu gombak...pasti tak lupa..

balik sudah..start new sem...

Softening Brush

 Bismillah. The hectic week has just begun, and I need to slot in my packed time, even 5 minutes, to sharpen my art skill of sketching up an...