Sunday, April 18, 2010

Ekonomi Virtual


Saya tahu tajuk entry saya kali ini agak akademik namun ianya adalah salah satu fenomena yang kian menuntut kita menyedari dan menerima hakikat ini. Ianya bukan suatu provokasi tetapi adalah reality yang semua antara kita sedang depani. Namun di sini saya hanya mengambil satu contoh bagi ekonomi virtual  (synthetic economy) yang menjadi fenomena buat kita.

Fenomena Facebook sememangnya menjadi “kegilaan” tidak kira tua, muda remaja, dewasa dan kanak-kanak. Al maklumlah sekarang ini semua wilayah di Malaysia berjalur lebar. Di petang Ahad ini, saya bersambil-sambil menyelak majalah Newsweek yang menarik perhatian saya untuk berkongsi dengan semua. Artikel yang ditulis oleh Danial Lyons bertajuk “An Online Economics Lab”. Berkait dengan Facebook juga, ramai pengguna mengaut keuntungan dengan berniaga secara virtual. Tidak dinafikan saya sendiri juga ada Facebook, dan kadangkala melewati aktiviti-aktiviti yang terkandung didalamnya seperti ruang bersembang, gambar-gambar yang boleh dikongsi sesama kawan-kawan, iklan-iklan berbayar dan juga ladang virtual dan binatang peliharaan virtual. Menurut Lyons, tidak dinafikan ramai yang menghabiskan wang untuk membeli produk seperti senapang, benih-benih penyubur untuk binatang-binatang peliharaan dan ladang virtual mereka untuk menambah pembaikan dalam permainan yang berasaskan web ini.

Namun bagi Kristian Segerstrale, perniagaan ini bukan sekadar ilusi tetapi bersifat perniagaan yang sebenar. Segerstrale yang mencipta Playfish (online games) dan salah seorang top seller dalam produk virtual. Beliau adalah salah seorang ahli ekonomi menyatakan dunia perniagaan produk virtual telah membuka satu jalan baru bagi sesiapa yang ingin mempelajari ekonomi.

Katanya, “You can learn a lot about human behavior, and how people interoperate in an economic environment and there are a lot of valuable lessons”. Segerstrale yang berlatarbelakang ekonomi memperolehi ijazah di Cambridge University dan MA daripada London School of Economics telah mempraktikkan teori-teori yang diasaskankan oleh para sarjana terdahulu. Pada awalnya beliau bersama beberapa orang kawannya telah membuka sebuah syarikat yang membangunkan permainan bagi telefon bimbit. Kemudian menyertai Facebook pada 2007 sebagai platform untuk menghasilkan permainan baru. Bersama sekumpulannya, beliau telah mencipta Playfish yang mengadaptasi model perniagaan tiada kos tetapi Playfish memperolehi keuntungan melalui penjualan barangan virtual didalam permainan tersebut.  Dan akhirnya perniaagaan ini meletup dan berjaya dengan jayanya. Pada November yang lalu, Playfish telah berjaya menarik hati pengguna aktif di Facebook iaitu hampir 20 million dan berjaya mengutip $400 million.

Segerstrale telah menyatakan syarikat telah menjual 90 million item sehari bagi 12 permainan yang berbeza. Dan dia juga menambah, “I don’t think anyone reliazed how quickly this was going to grow”. Bagi jumlah kesuluruhan pasaran AS bagi barangan virtual telah bernilai lebih 1 billion pada 2009 (Inside Network-market research firm). Bagi Segerstrale, dalam dunia ekonomi ianya adalah suatu mengujakan kerana apabila para ahli ekonomi cuba memodelkan gelagat dengan dunia sebenar, mereka akan menghadapi kesukaran dek kerana ketidaktepatan maklumat (imperfect information). “The data is always limited, and once ypu get hold of it there are tons of reasons to mistrust it. On the other hand, in virtual world, the data set is perfect. You know every data point with absolute certainty. In social networks you even know who the people are. You can slice and dice by gender, by age and by anything”.

Jadinya, idea untuk mengkaji tingkahlaku atau gelagat dalam pasaran virtual mula mendapat perhatian di kalangan ahli ekonomi. Begitu juga, sociologist di Institut Helsinki juga percaya bahawa ekonomi virtual dapat membantu para sarjana dengan kefahaman yang lebih baik bagaimana faktor-faktor social boleh mempengaruhi pembuatan keputusan dalam ekonomi. Maka, kemungkinan satu model ekonomi boleh dikaji dalam melihat kelompok atau kumpulan manusia yang menghabiskan masanya dalam memelihara binatang peliharaan mereka bukan sekadar sebagai “representative” tetapi secara nyata bagi seluruh dunia. Justeru data yang diperolehi kemungkinan akan menjadi “tepat” dan “menyeluruh”. Teori yang dikemukan oleh para sarjana Klasikal terdahulu menjadikan maklumat perlulah tepat, pasaran bersih dan seimbang telah dijumpai oleh Segerstrale dan kawan-kawannya.

Apa yang cuba saya bayangkan di sini, bertambah lah golongan ini membuat duit samada ilusi ataupun realiti. Dan lainnya akan bertambah satu lagi subjek dalam pengajaran saya mungkin.. Ekonomi virtual. Pasti anak-anak murid saya suka kerna subjek ini lebih berkonsepkan virtual. Banyak sudut yang perlu dilihat dan dikaji dalam eknomi virtual ini. 

tbc
~merlin & authur~

2 comments:

~albazrah~ said...

Ni yg macam Farmville,Cafe dll tu ka? Kalu berniaga cmni sah dah, kira dah di ta'yin ka brg tu sebab ia maya?

fiezarmy said...

Yup,sejauh mana game online tu beroperasi fizah kurang pasti sebab tak penah join. cumanya, game yang sampai kena beli item2 utk binatang peliharaan. tapi mcm e-dagang atau urusan jual beli, bisnes secara online hukumnya harus selagi menepati syariat.. coz internet telah memudahkan urusan org membeli barang/servis di mana jua bebila masa. Tapi, bilamana ada isu-isu lain mcm beli pets secara maya, brg pets krn ia melibatkan lebih kepada jual beli ketidakwujudan barang (bay'ma'dum)money speculation,gharar, maysir not real business dah menjadi keraguan.. kena kaji lebih mendalam..apa yg fizah pasti ni la adalah salah satu propaganda orang-orang tetentu dalam "making money more money" dan "maximization of profit" biasa la kapitalis selalu berasaskan idealisma laissez fair (invisible hand) ni depa tengah dok praktis la.. memandangkan dunia skang kebanyakan lebih masa mengadap computer dan rasa nak bela ikan atau pets pun lebih kepada maya..apa pun as muslim kita perlu lebih berhati-hati dgn agenda baru dalam ekonomi virtual ini..wallahu'a'lam..

Softening Brush

 Bismillah. The hectic week has just begun, and I need to slot in my packed time, even 5 minutes, to sharpen my art skill of sketching up an...