Tuesday, November 10, 2009

Senget

Minggu ini adalah sangat indah jalan-jalan persekolahan saya. Tiada traffic jam, tiada kena berque panjang, tiada kena menunggu, tiada dad a da daa…Memang tidak dinafikan minggu lepas saya berkampung di KL dari Isnin sampai ke Rabu kemudian kembali ke sekolah pada hari Khamis. Kemudian bercuti pada hari Jumaat. Lantas pastinya minggu ini sangat padat dengan aktiviti pengajaran dan penyediaan kertas peperiksaan (ops..tak siap lagi bos….)

Dalam kepadatan dan kekalutan waktu untuk menyediakan P&P, saya merasakan kewajipan-kewajipan itu telah melebihi waktu yang ada. Hari ni bermula dengan pukul 8 pagi, terpaksa berkalut ke PTM untuk sesi peminjaman LCD. Kembali ke kelas, LCD dan laptop sudah ada namun extension pula tiada. Gergas saya mencari extension. 10 pagi, kelas pun tamat. Sepanjang koridor dari tingkat dua saya di sapa oleh para pelajar. Teguran biasa. Berbasa basi, sehingga ke tangga, salam disapa jawab diberi, senyuman dihulur dan dibalas. Tidak kurang semua yang bertembung pasti menegur.

“Apa ramai benar yang menegurku hari ini..”, hati saya berdesis perlahan. Senyum dan bahagia.

Tiba dibilik, laptop ditangan diletakkan perlahan di atas meja saya. Meluru ke cermin kecil yang sememangnya tersangkut di dinding playwood bilik saya.

“Oo… patuitla…”, ujar saya perlahan. Sambil tergelak kecil.

“Tudung cek senget..dok gawang-gawang tangan masa mengajar la ni.. macam mana la budak-budak tadi dalam kelas urm…kalau aku pasti nak tergelak” ngomel saya seorang diri sebelum pintu diketuk orang.

“Ops..ada orang mai…”

“Yes!!! Come in!”, kena tempik kuat-kuat sebab orang kat luar tak dengar…

2049
key chain ITS

6 comments:

ummuizz said...

awat senget lagu tu jebat?? hehe...

fiezarmy said...

Biase la Lekiu.. terlebih semangat bila class di awal pagi...

Suhaimi Mohd Nasir said...

Haha.. tudung senget tak pa Kak Fieza, jgn otak jadi senget udah... hehe

fiezarmy said...

hehe..skang ni okey2..

Anonymous said...

senget sesikit tak pe... masih comei :). KJ

CikDibah ;P said...

Senget bergaya takpe fiza..hehheheheh..yg penting, gaya mesti ada...heheh

Softening Brush

 Bismillah. The hectic week has just begun, and I need to slot in my packed time, even 5 minutes, to sharpen my art skill of sketching up an...