Ini adalah antara perangai anak-anak didik saya yang kadang-kadang saya rasa mahu marah tiba-tiba tidak jadi marah.
- Bila ditegur, mengaku salah mereka dan memohon maaf.
- Mahu jumpa tersangat-sangat masa waktu konsultasi, bila ditanya ada apa persoalan yang tidak difahami atau kekusutan di dalam kelas. Lalu mereka menjawab tiada, sahaja mahu berjumpa. Ya Allah
- Janji waktu lain, datang waktu lain, saya ternanti-nanti dengan sabar. Bila muncul didepan bilik, mula buat muka “seposen atau sengeh-sengeh kerang”.
- Agak dramatis, suka dengar “rumors” dari mendengar kata-kata pensyarahnya sendiri. Kemudian menangis dengan lenangan air mata…
- Namun jauh di sudut hati saya selalu berkata, mereka adalah “pelajar” perlukan bimbingan. Tidak dinamakan belajar kalau mereka salah, silap dan khilaf. Era mereka pastinya tidak sama dengan era saya belajar. Selagi ada jasad ini, saya akan terus memberikan yang terbaik.
3 comments:
Inilah dia fenomena Generasi Y. Perlu dianggap sebagai satu cabaran. Ibarat menarik rambut dalam tepung. Rambut tak putus, tepung tak berselerak. Lepas tu buat cucuq.
Hmm..betul dato'..
Approachnya berbeza dengan generasi X.
Pendekatan kena berhikmah dan praktikal.
Rasa geli la pulak tepung tu nak buat cucuaq..:p
generasi Y mengikut teaori XY kena banyak guna konsep kemanusiaan...good relationship with others..heheheh...
Post a Comment