2302
L3R2
Seusai sarapan pagi dibilik rehat sekolah saya, saya terus ke bilik untuk kerja-kerja yang masih bersisa. Terlihat memo jemputan untuk Kursus Penyeliaan Latihan Ilmiah, teringat akan pesanan rakan sekerja saya yang bercuti hari ini. Dia mohon saya kemaskinikan pendaftaran untuk ke World Islamic Economic Forum 2010 yang julung-julung kali bakal diadakan di KLCC. Bimbang andai kata penyertaan penuh memandangkan diskaun diberikan bagi deligasi berkumpulan seramai sepuluh orang adalah 50%. Lantas saya bergergas turun ke pejabat untuk menghubungi pejabat sumber manusia. Tetapi staf yang bertugas pula bercuti hari ini. Pending.
Naik semula ke bilik, sambil hati berkata-kata…”sempatkah..sempatkah..” “Allahumma yasir wala tu’asir..”
Tiba-tiba pintu diketuk, rakan sejawat datang untuk meninjau koleksi buku-buku saya untuk kertas penyelidikannya. Saya mengalu-alukannya sambil melihat di rak buku.
“Kak…ada Doktrin Ekonomi Islam, M.A Mannan ni pun boleh juga”, saya menghulur buku-buku kepadanya.
“Kalau dapat Surtahman Kastin Hasan lagi baguih (bagus)”, katanya sambil berpelat utara. Bukan apa, rakan saya ini tahu asal usul saya dan suka berbasa-basi dalam loghat utara.
“Hm… saya rasa la kak ada kat rumah..akak tengok la yang mana berkenan,” kata saya dengan gusar kerna buku yang dikehendakinya tiada di rak. Kepala mula mencongak-congak di mana saya letak buku tersebut.
“Pengurusan dalam Islam…hm.. akak ambil yang ini lah”, katanya lagi.
“Okey kak, guna la..”, saya membalas.
“Eh.. hang catit ni, sat lagi lupa pulak, maybe akak pinjam agak lama untuk paper akak ni”, balasnya.
“Ok.. chek catit ni..”, saya balas.
Kemudian, dia minta permisi. Katanya dia perlu ke Akademi Islam untuk berbincang dengan seorang ustaz mengenai Islamisasi Ilmu.
Lalu saya seperti biasa menghidupkan Dell untuk acara rutin saya setiba dibilik. Teringat mahu melihat telefon masih berbateri atau tidak.. Tertera “K.J”, satu panggilan tidak dijawab.
Saya menghubunginya semula, terdengar suara “bonda” yang ceria itu. Saya mendengar butiran kata-katanya. Saya memberitahu KJ esok saya akan menziarahi bapanya (sedangkan saya tiada tahu apa penyakit bapanya). Kami bercadang akan ziarah beramai-ramai. Jadi kesempatan yang ada saya bertanya akan penyakit bapa KJ. Dengan nada yang tenang KJ memberitahu bapanya sakit Kanser Darah dan darah tidak dapat diproduce lagi. Sekefahaman saya, tiga jenis darah yang ada dalam badan iaitu darah merah, putih dan kuning. Darah merah tidak dapat diproduce dan memerlukan darah dari luar. Bapa KJ tidak boleh terkena demam, penjagaan perlu rapi, masakan perlu dimasak, ulam-ulam yang mentah tidak boleh dimakan dan banyak lagi pantang larang. Sekarang ini, bapanya perlu dibawa ke HUKM untuk rawatan lanjut seperti kimo dan pemeriksaan darah. Saya terdiam mendengar penjelasan KJ.. Terdengar nada sebak dihujung talian, membuatkan hati terasa sungguh sayu dan simpati.. terbayang KJ yang ceria menceritakan keperihalan bapanya semasa KJ duduk disebelah saya semasa kami sama-sama berkhidmat di cert. Jauh disudut hatinya, KJ sangat sayangkan bapanya. Banyak kenangan yang berkaitan dengan bapanya dikongsi bersama saya suatu ketika dulu.. Insya Allah esok saya bersama-sama alumni cert yang lain akan ke tempat kejadian.
Mohon semua sahabat, rakan dan taulan mendoakan yang terbaik buat bapa sahabat saya Norhalizan Harun. Semoga bapanya dalam perlindungan Allah selalu.
Ya Allah, ringankanlah segala kesakitan dan keperitan yang dialami oleh bapa sahabat kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang..