~The only lasting beauty is the beauty of the heart ~ (Rumi). Expressing the small things in my life and appreciating them.
Sunday, June 28, 2009
Kampoi...
Malam ini adalah malam menunggu bagi saya. Esok akan bermula rutin biasa di sekolah. Namun sesungguhnya, hujung minggu ini sangat menyeronokkan saya walau penat melaluinya. Mungkin bagi kalian seandainya membaca entry kali ini tidak la seseronok mana. Harapnya ada juga sedikit keseronokan di kala menghabiskan entry saya untuk kali ini.
Cerita I
Sebelum membuka tirai hujung minggu ini, saya berasa sungguh bersyukur dengan program yang diadakan pada jumaat petang lepas berlansung dengan jayanya. Sebagai salah seorang komittee pelaksana, saya sangat bersyukur Program Forum Rahsia Kejayaan bersama Alumni sekolah saya berjalan lancar. Tahniah buat cik Has, pengarah program kerana bersusah payah memerah keringat, tenaga dan fikrah untuk program ini.
Merangkak malam, saya bersama-sama teman serumah berjalan-jalan di pasar malam Hentian Kajang. Katanya pasar malam tersebut manusia akan berjalan jauh kerana pasar malam panjang. Kami pun dengan penuh keterujaan ingin berjalan panjang walau saya tahu diri saya sudah lelah dengan apa yang dilakukan sepanjang hari ini. Ianya ibarat ganjaran berlelah sepanjang hari. Sepanjang di pasar malam panjang itu, saya dan teman merasakan kami ini ibarat penyelia pasar malam, hanya pandangan ke kanan dan ke kiri dan berjalan mara ke hadapan. Sehingga hujung, saya mengintai-intai ada yang menarik untuk dibeli lalu kami membuat pusingan U (rasa macam memandu pula). Mungkin kerna berjalan sahaja disitu, teman saya mengajak saya ke satu kedai pakaian, memilih-milih, memegang-megang, merasa-rasa, mencuba-cuba. Namun akhirnya tidak terpilih. Bergerak lagi. Perut bekeroncong dengan alunan lagu rock kapak yang kebetulan lagu-lagu yang didendangkan di kedai itu semuanya tangkap lentok. Kami berjalan sehinggalah ke restoran yang agak eklusif jika dipandang dari luar. Agak kepingin untuk masuk. Saya melihat teman saya, dia mengangguk. Kami sama-sama menghayun kaki ke situ.
Ani Sup Utara. Menelek semua menu yang ada. Aik.. semua sup, koew teaw sup, behun sup, mee sup etc. Cuma ada nasi ayam. Owh nama pun Sup Utara. Teman saya mencuba behun sup, saya kepingin koew teaw sup. Menanti makanan tiba kami berbual-bual tentang hiasan dalaman restoran tersebut. Kemudian apabila hidangan sampai, saya bertanya-tanya tentang restoran tersebut (sudah menjadi hobi). Rupanya restoran tersebut baru sahaja memulakan perniagaan supnya hari tersebut. Bertambah seleralah kami untuk mencuba, merasai dan menikmati hidangan hari pertama pembukaan restoran tersebut. Behun sup teman saya memang sedap, terasa seperti saya menikmati behun sup simpang empat di Perlis. Namun, koew teaw saya agak berbau hapak. Saya meminta pelayan restoran agar bau makanan tersebut. Kesulitan amat dikesali, mereka mengantikan saya makanan baru, tetapi saya menolak. Saya minta agar behun sup diganti memandangkan kesedapan yang saya rasai…nyam nyam… Setelah makanan baru tiba saya menikmati dengan lazatnya.. Sedar tak sedar jam sudah hampir 11 malam.. Lama juga kami berjalan malam tersebut.
Cerita II
Disebabkan keletihan malam tersebut berjalan-jalan, saya agak kemalasan untuk terjunan pada pagi sabtu. Bukan menyambung mimpi, cumanya saya bersiap-siap untuk menghantar “kekasih” saya untuk diservice. Mengikut perkiraan buku log service sepatutnya Iskandar perlukan major service. Setelah memanaskan enjin saya meluncur keluar VSP sambil mengintai kedai service tayar berdekatan dengan rumah. “Masih belum buka”, detik hati saya. Saya ke ATM dekat dalam sekolah saya. Berkira-kira dengan major service berapa sepatutnya saya keluarkan duit. Mesin ATM pada hari sabtu pun boleh tahan ramainya, agaknya budak-budak mahu berjalan desis hati saya sambil beratur panjang. Tatkala itu, bunyi vibrate menggegarkan seluar bebet saya.
Tertera nama teman serumah. “Pzah pi service keta ka?, Kak kina nak pi jalan TAR la, nak tengok kain wat baju raya. Pzah nak join tak?”.
Saya membalas, “La? (Sekarang?). Kedai tu tak bukak lagi. Kak ina dah siap ka ?. Kepala yang tidak gatal digaru-garu. Bila masa teman saya sudah bersiap-siaga nak ke Jalan TAR sedang saya keluar tadi serasa saya dia masih diulit mimpi. Mungkin semasa saya bersiap turun, memanaskan enjin dan ketika itu dia bersiap. Itu hanyalah persoalan-soalan. Kemudian, gegaran telefon berbunyi semula.
Saya membuka, ”Tak la, baru bangun.. hehe..”, dia membalas.
Kemudian, saya mencadangkan agar teman saya bersiap dahulu supaya saya sampai rumah boleh bergerak sama. Setelah ATM itu dicucuk-cucuk. Saya bergerak ke kedai service kereta. Alhamdulillah, kedai tersebut sudah pun buka, saya terus memakir Iskandar berhadapan dengan kedai. Bercakap-cakap dengan bos kedai, yang Iskandar perlukan major service untuk perjalanan 40 000 km lebih. Dia juga menyarankan minyak hitam yang bagus. Saya dengan dangkal ilmu kereta ini mengangguk-angguk, apa yang terdetik dihati adakan ”cha ya nun alif” di depan saya ini sedang berbohong mengenakan saya? Cepat-cepat saya istighfar. Mohon dijauhkan. Saya memberitahunya saya akan datang ambil Iskandar agak petang sedikit. Setelah setuju dan meninggalkan nombor telefon saya, saya berjalan pulang ke rumah. Teman saya masih bersiap, saya menukarkan pakaian ’biasa-biasa’ ke kedai kereta tadi dengan pakaian untuk berjalan ke jalan TAR. Hehe.
Setiba di jalan TAR, suasana masih lengang mungkin kerana hari masih awal, dan kami mendapat parkir yang agak depan. Berjalan menyusur ke jalan TAR. Satu ke satu kedai kami telusuri. Saya tolong menjadi jururunding tidak bertauliah memberikan pendapat, sambil saya sendiri tidak terlepas memilih untuk saya. Diseperjalanan saya, menyinggah di beberapa kedai buku untuk mencari-cari buku untuk pengajaran saya. Sewaktu ini saya berpisah dengan teman saya, dia lot-lot kedai kain dan saya masuk ke kedai-kedai buku kegemaran saya yang membuatkan hati saya terusik seketika mengenangkan zaman belajar di UM 7-8 tahun lepas. Teringat sangat ketika ini, zaman kami terpaksa berusaha mencari buku-buku sendiri. Tidak sama waktu belajar dahulu dengan sekarang, kami terpaksa mencari sendiri dek kerana pengajian kami dulu tidak merujuk satu-satu buku teks. Kami terpaksa merujuk ke semua rujukan yang dilampirkan dalam proforma subjek. Oh zaman yang dirindui! (saya tak boleh teruskan bab ini, terlalu terusik)
Dalam pencarian saya di Minerva dan Mukmin, akhirnya sempat juga saya mengangkat empat buah buku yang sangat-sangat menarik minat saya. Antaranya;
1)Buku tulisan Jomo K.S tentang Aliran Pemikiran Ekonomi: Kenapa Ahli Ekonomi Tidak Sependapat, keluaran DBP. (keluaran lama dan hanya satu yang tinggal)
2)Petunjuk Amalan Ekonomi Islam, Abdul Rahman Zaki Ibrahim, DBP (keluaran lama)
3) Life is an Open Secret: You, Me and We, Sis. Zabrina
4) Life is an Open Secret: Ramadhan Special, Sis Zabrina
Buku 3) dan 4) sangat-sangat teruja untuk membacanya! Alhamdulillah memang itu yang saya terbayang-bayang semasa teman saya mengajak saya ke jalan TAR sebab saya tahu kemana tempat kegemaran saya. Bila dapat buku Life is an Open Secret ni hati ini terkenang orang yang jauh di bumi Europe iaitu my lovely sister Ani. Hati terkenang semasa sama-sama "melepak" di MPH. Kau tetap diingatanku Ani.
Lebih kurang 5 petang kami bergerak pulang. Dengan hati yang gumbira. Saya terasa tidak sabar untuk "melayan" Life is an Open Secret.. Setiba di BSP, Iskandar dulu saya ingat. Ia masih di kedai service kereta. Bayar dan balik ke VSP. Iskandar terasa ringan dan syiok pabila dipandu. Bertambah dan berpadu rasa sayang saya terhadap Iskandar.. "I love you..my iskandar.., esok kita pi jalan-jalan na.." ujar saya padanya. Saya tahu ia juga syiok pabila saya melayan dia dengan baik. "Terima kasih Ya Rahman Ya Rahim atas nikmatMu meminjamkan aku dengan Iskandar...", desis hati ini. "Syahdu la pulok..."
Cerita III
Ahad yang tenang. Titisan hujan melembapkan bumi BSP menenangkan jiwa, menyejukkan mata memandang. Saya bersiap untuk program bersama pelajar-pelajar saya. Alhamdulillah, alfun syukran buat teman saya Kak Ina kerana sudi menjadi penasihat pengiring. Hehe..jasamu kukenang kak baby! (nama manja-manja saya untuknya. Asalnya, Kak Zi akan menyertai saya namun atas alasan yang munasabah dia bergerak kemudian. Jadi saya dan teman bergerak dahulu. Ini kali pertama memandu sendiri lansung ke PD, kiranya sebelum ini hanya laluan sahaja. Saya telah dimaklumkan oleh Yang Dipertua Permata bahawa Family Day Permata ini akan diadakan di Pantai Saujana, PD. Perjalanan yang mengambil masa 45 minit sangat menenangkan. Setiba kami di sana, pelajar-pelajar sudahpun mengambil tempat perkelahan. Saya mencari tempat sesuai untuk Iskandar berteduh. Kemudian kami ke tempat kejadian. Saya dan teman disambut oleh para pelajar. Syiokknya... pantai...
Angin sepoi-sepoi bahasa korea membuatkan hati ini bertambah seronok dan tenang. Ah begitu indahnya ciptaan Allah, saya sangat bersyukur ditempatkan di Bangi, ada jua kesempatan melewati tempat-tempat sebegini tenang.. Kanak-kanak berlari sana ke mari, ada yang bercanda-canda ditepian pantai, tidak kurang yang bersantai dibawah pohon rhu sambil menikmati hidangan pagi, saya dan teman menyusur gigi pantai.. irama semulajadi yang mendendangkan seribu hikmah, seribu maksud tersirat, alunan zikir ke hadrat Yang Maha Besar.. Di bawah mentari pagi, saya melihatkan kebahagiaan-kebahagian itu terpancar disegenap keluarga yang datang bertandang ke situ. Riak-riak keseronokan terpancar jelas diruangan mata.. bersama-sama keluarga tercinta..
Saya terpandang bot yang didampar di tepian pantai, sememangnya ada khidmat yang ditawarkan untuk sekelian pengunjung yang tiba. Kami merapati anak muda berspek kilat ala-ala artis. Saya memulakan bicara sopan.
"Dik, berapa harga ye kalau nak naik bot ni?", saya berbasa.
"Ooo..akak dua orang je? Kalau satu bot RM150, kalau sikit tu saya caj per kepala la kak. RM 15 seorang", dia membalas.
Saya menghitung-hitung dengan teman saya. Kebetulan ada satu keluarga mahu menaiki bot. Saya bertanya lagi.
"Dik, akak join sekali boleh tak? Kami dua orang je".
"Ha.. boleh la kak. RM 15 seorang", dia membalas.
"Okey, jom kak ina kita naik bot", saya berasa syiok pula.
Keseronokan bermula tatkala bot meluncur atas permukaan air. Terasa cuak juga pabila bot mengona baring atas laut tu. Apa lagi menjerit ketakutan la saya. Saya juga sempat menjeling teman saya, dia diam saja namun tangannya kuat memegang besi pemegang bot sebelah lagi mencengkam handbag kami. hihi.. dia cuak juga.. Dua orang makcik beserta tiga anak kecil bersama kami. Anak-anak itu tertegun kaku dalam bot. Pucat dan takut. Kata ibu mereka, kalau tak nakal bukan main. Ini diam semacam sahaja. Kami berpusing-pusing di lautan yang terbentang luas. Hati penuh rasa kagum atas hamparan laut yang terbentang luas membiru nan hijau, membulat saujana memandang.. Alhamdulillah atas segala nikmatMu...Subhanallah..
Usai berbot dilautan, kami kembali ke darat. Kami ke tempat perkelahan para pelajar. Saya melihatkan AJK-AJK sedang sibuk memasak. Yang lelakinya membakar ayam, yang perempuannya menyediakan awas-awasan untuk membuat sup ayam. Saya menolong mereka menggoreng nugget ayam.. Terfikir saya semuanya ayam orented. Sosej ayam. Ayam lagi... Kesian ayam..
Sementara para pelajar lain, bersukaneka di pantai. Kelakar melihat gelagat mereka. Sesungguhnya para pelajar Permata ini sungguh bijak, berdikari dan unik. Saya tersenyum melihat keletah masing-masing. Terasa sungguh gumbira dihati. Masing-masing nak menunjukkan kehebatan mereka. Mana taknya, cikgu ada kat situ. Saya pun layannn...
Sesi masak-memasak melangkau dhuha nak ke zuhur. Sekejap-kejap tertawa melihat adegan-adegan lucu mereka bersukaneka. Ayam-ayam sudah selamat dibakar, nugget juga, cuma sup ayam agak keterlewatan sedikit. Sesambil itu, mereka mengambil inisiatif memasang nasyid-nasyid dengn alat pembesar suara.. Tatkala ini, saya sekali lagi terkenang zaman matrik di Nilam Puri dolu-dolu... Kami pernah melalui zaman-zaman ini suatu ketika dolu. Bercanda di pantai Teluk Kandis, Kelantan. Masa itu sangat manis dikenang. Kenangan, kenangan dan kenangan lagi. Setelah bersukan, mereka berehat dan bersuai kenal sesama sendiri. Lebih kurang 1.30 petang alunan azan zuhur dikumandangkan dengan pembesar suara. Para pelajar perempuan diarah solat di Petronas berdekatan, dan para pelajar lelaki berjemaah di tempat perkelahan. Pengunjung yang hadir turut melihat-lihat solat jemaah zohor ditepi pantai.. Suasana yang sungguh indah untuk ditatap...Selepas menikmati makanan yang dimasak oleh para pelajar, kami bergerak pulang.. Ucapan terima kasih buat Permata. Merekalah permata dihati saya. :)
On the way back to BSP, saya terjumpa... jeng jeng. DURIAN! Kami menikmatinya sambil santai ditepi jalan. Kemudian menyusur pulang ke BSP dengan keletihan + seronok.
2238
sejadah biru, kain putih.
*kampoi means togther / all
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Softening Brush
Bismillah. The hectic week has just begun, and I need to slot in my packed time, even 5 minutes, to sharpen my art skill of sketching up an...
-
Bismillahirahmanir rahim. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. It was a long process, almost 98 months. My original plan was 36 mon...
-
Bismillah. Yes, we have nice weather in the sunny season in the northern state of Malaysia. Make me thankful with all Allah gives to me. Ac...
-
Raining afternoon. I had class today. Alhamdulillah everything settled within the time. Now, my clock shows me 18.44. Am just waiting for to...
6 comments:
Yer ler..makan dorian tak ingat teman yer...
Ucapan terima kasih juga diatas kerjasama yg tak terhingga yg telah diberikan di dalam menjaya kan program kita ptg Jumaat itu..:-)
P/s: Baru teringat, takde buat entry lagi pasal tu...:p
wah, weekend yg penuh... KJ
salam mak ngah,
syukran atas dua for izz. Semalam tu tak gitau sbb izz dah seemed better. Tapi demam kuat semula belah malam. Bawa ke azzahra around 4am. Mudah2an weekend izz betul2 kebah.
psst...durian tu nampak sedap..huhu..
Ini cerita pendek ke Tesis PhD ni.. panjannnnnnnnnnnnnnnnnnnngnya.
hehe...iskandar tuh ada "bin" tak? sabor je la...
Ani sup tuh memang sedap ka? Rekemended tak?
@ummuizz - apa kata kita cari kat pahang pulok droyan.. sedap tu.
@elmaf - latihan awal utk wat PhD. hehe.
@k.kiah -ada... Iskandar Dzulkarnain bin Muhammad. hehehe.....
Tadi pza pi lagi makan bihuin sup. sedap. mcm mkn bihun sup simpang 4 perlih..
Post a Comment