Tuesday, June 17, 2008

Rasa

Pagi tadi saya cuba call ayah. Tapi ayah tak angkat. Lepas tu, ayah call saya balik.

Kami dua beranak bersembang tentang cita-cita. Cita-cita ayah dan cita-cita saya.

Keputusan ayah untuk berpencen, dan keputusan saya untuk mengajar.

Dalam perbualan kami selama 20 minit, (ayah dalam perjalanan ke tempat kerja), telah terbongkar satu rahsia yang tidak pernah saya sangka ayah menyimpannya sekian lama.

Saya amat terkejut dan terkedu apabila ayah menerangkan bahawa dia telah pun memutuskan sesuatu untuk saya suatu masa dulu. Dulu memang saya ingat, tapi saya sudah lupakan kerana ia sudahpun berlalu. Namun, pagi tadi saya terharu dan tidak sangka rupa-rupanya ayah masih ingat.

1996 - Selepas dapat result PMR, saya sudah bercadang untuk mengambil jurusan lukisan, sebab saya minat melukis. Jadi kena pilih untuk tinggal di sekolah agama (tiada jurusan lukisan) atau tinggalkan sekolah agama (untuk ambil jurusan tersebut).

Setelah berbincang, saya menurut kata ayah. Sambung di sekolah agama ada dua lagi pilihan samada akaun atau agama? Sekali lagi ditentukan. Saya turut ambil jurusan agama.

2008 - Alhamdulillah. Berhasil.

Sekarang ayah akur dengan minat dan cita-cita saya. Ayah sokong saya. Mak pun. Abang pun. Adik-adik pun. Sahabat-sahabat saya pun terutama Nur Nursi. Jazakaullahu khairal jaza'....

Bumi Allah ini maha Luas... Kita saja yang kadang-kadang lupa dan alpa...

No comments:

Softening Brush

 Bismillah. The hectic week has just begun, and I need to slot in my packed time, even 5 minutes, to sharpen my art skill of sketching up an...