Kalau menebang si pohon jati, Papan di Jawa dibelah-belah; Kalaulah hidup tidak berbudi, Umpama pokok tidak berbuah. Bunga selasih si bunga padi, Kembanglah mekar di dalam taman; Pertama kasih kedua budi, Yang mana satu nak didulukan? Datuk Laksamana ke bangka hulu, Berlayar kapal membawa dagang; Bagailah mana kapal nak lalu, Kuala sudah dilengkong karam. Bunga padi bunga kiambang, Buat hiasan di taman bunga; Buah hati kekasih orang, Hamba menumpang gembira sahaja
Menjadi jugak petang-petang ni ya.. haha...