Segalanya sudah pun selesai iaitu menghabiskan sisa baki cuti yang diberikan sekolah saya dan melawat para pelajar yang berlatihan industri di sekitar tanah besar Seberang Jaya dan Tanjung. Hari Jumaat lepas sudahpun saya kembali ke sekolah dan bermula episod baru. Esok sesi perkuliahan akan bermula bagi sesi 2010/2011. Banyak yang perlu di"catchup" memandangkan saya meninggalkan 2302 hampir dua minggu lamanya. Enjin terasa agak berat berat tatkala dihidupkan. Perlu dipanaskan, perlu dihangatkan lama.
Moga semester ini menjanjikan satu warna baru dalam arena akademik saya. Kepada semua rakan taulan di sekolah saya. "Selamat Kembali Bekerja" dan buat semua anak-anak didik saya "Selamat Memulakan Kuliah". Bagi para ibu, hari ini adalah paling istimewa, "Selamat Hari Ibu" khidmat kerja ibu-ibu berterusan hingga ke akhir hayat. Hanya Allah sahajalah yang selayaknya mengganjarkan seribu juta kebaikan dunia dan akhirat.
2 comments:
Selamat Hari Ibu buat Bonda Cik Pja..
Ermm...panas kan la enjin tu molek2 ye..:-)) Owh ya! Congrate utk LESEN BARU yg telah diberikan oleh HR sekolah Cik Pja..:p Semoga lesen baru tu menambah kan semangat utk terus berjihad..:-)
Selamat jua buat ibu cik yayang..
alhamdulillah thanks ye..
Post a Comment