Friday, December 18, 2009

1 Muharram

Alhamdulillah atas nikmat usia yang dipinjamkanNya sehingga kita melangkah 1431H.

Selayak dengan hari tahun baru ini, cuaca di bumi BSP ini pun redup, tenang, angin sepoi-sepoi bahasa, sejuk dan menyeronokkan.

Saya? Saya tidak menyertai perhimpunan Tahun Baru di Putrajaya tetapi saya hanya bersiaran langsung di depan kaca televisyen di rumah sambil minum kopi Radix cicah dengan biskut empat segi Hwa Tai Luxury.

Sambil mendengar titah ucapan Sultan Kedah, sambil tangan ligat menanda kertas ujian anak-anak untuk dua subjek. Macam-macam anak-anak saya menjawab, maklumlah subjek saya ini lebih kepada menyaksikan kehebatan anak-anak saya goreng-mengoreng. Kadang-kadang ada yang digoreng sedap, dan ada juga yang habis hangus... aduhai anak-anakku...

Sehingga lewat Zuhur barulah saya usai menanda semuanya. Alhamdulillah.

Tiada apa yang menarik, mungkin esok hari lebih menarik, mungkin :) Insya Allah. Seandai benar tarikhnya esok saya dan sahabat saya mahu ke SA untuk mendengar ucapan nasihat daripada al-alamah tokoh Maal Hijrah ke-2 yang terpilih untuk 1431H ini, Prof. Yusuf el-Qaradawi. Insya Allah bi iznillah.

Maka Ahadnya pula terusan saya langsung ke majlis Resepsi ex-cert Azib di Taman Melawati. Semoga apa yang dirancang esok dipermudahkan Allah serta diberikan petunjuk yang baik selalu dan selamanya. Golongkanlah kami dalam orang yang Engkau kasihi Ya Allah...

Dua ucapan:

SELAMAT TAHUN BARU 1431H

SELAMAT PENGANTIN BARU KEPADA AZIB & FARA


1910
Nat Geo ~ Azan Maghrib

2 comments:

Cik Yayang said...

Wah..2 subject habis sudah di marking? Sungguh baguih..teman ni idok start2 lagi nih..ada 130 org tuh..huk huk huk

fiezarmy said...

hikhik...
subjek yg kita sama-sama invigilated tu..

xpe pelan-pelan kayuh..
nanti ada la pembantu tu.. ;p

Softening Brush

 Bismillah. The hectic week has just begun, and I need to slot in my packed time, even 5 minutes, to sharpen my art skill of sketching up an...