Monday, October 28, 2019

Pantun Budi




Kalau menebang si pohon jati, Papan di Jawa dibelah-belah; Kalaulah hidup tidak berbudi, Umpama pokok tidak berbuah. Bunga selasih si bunga padi, Kembanglah mekar di dalam taman; Pertama kasih kedua budi, Yang mana satu nak didulukan? Datuk Laksamana ke bangka hulu, Berlayar kapal membawa dagang; Bagailah mana kapal nak lalu, Kuala sudah dilengkong karam. Bunga padi bunga kiambang, Buat hiasan di taman bunga; Buah hati kekasih orang, Hamba menumpang gembira sahaja

Menjadi jugak petang-petang ni ya.. haha...

Tak Seindah Wajah



Ku sangka aur di pingir tebing Kiranya tebu dipingir bibir Kusangka jujur pancaran batin Rupanya palsu penghias zahir Ku kira hati jiwa nurani suci seindah wajah terbayang Ku kira puji seikhlas budi Ku lupa lidah tidak bertulang Dimanis gula semut binasa Kail berduri bersalut umpan dimanis kata insan terlena Kerana budi hamba terkorban Inikah dia lakonan hidup Dipentas dunia insan berpura Tipu dan daya pencampai maksud Budi dan harta merangkum noda
Nyanyian: Allahyarham Tan Sri SM Salim

*hujan-hujan ni suka dengar lagu-lagu ni... dalam maksud maknanya...


Softening Brush

 Bismillah. The hectic week has just begun, and I need to slot in my packed time, even 5 minutes, to sharpen my art skill of sketching up an...