Mata saya terbuntang dan cemerlang setelah terkena segelas kopi ais di Kluang Station sekitar 9.50 tadi. Saya singgah ke situ setelah sekian lama tidak menyinggah kerana kepingin makan roti baker! Sambil menanti sahabat saya siap menghantar sepupunya di Jalan Duta, MRR2 yang sentiasa sesak dengan kenderaan itu terpaksa saya redah dek kerana berangan-angan trafik lancar sekitar 8.30 malam ke atas. Namun jangkaan saya meleset sama sekali. Sebaik sahaja selekoh Cheras/Kuantan saya belok, NAH! Sesak seolah-olah semua baru pulang kerja… Sebenarnya lama juga masa diambil untuk tiba di Tesco Ampang. Banyak kenangan indah di KS. Sekarang ibarat mengimbau saat-saat indah di Selangor dan Kuala Lumpur .
Setelah menikmati roti bakar dan kopi susu, saya dan adik beransur gerak ke Sri Gombak. Tiba hampir 11 malam, jadi kerja datang rumah orang malam-malam buta. Tak apa janji, buku econometrics Dr.Is akan berada di atas mejanya sebaik sahaja ayam berkokok esok pagi. Misi tercapai. Sejam kemudian kami bergerak lebih kurang 45km menuju ke selatan.
keropok mony