Thursday, May 29, 2008

Punya Lama

i. Usai Majlis di Permatang Pauh, Pulau Pinang, berkalut dengan Majlis di Perlis

ii. Persiapan di Perlis memerlukan kekuatan mental & fizikal yang tinggi.Kerana apa? Kerana yang dijemput "kerabat raja". Banyak protokol yang melecehkan terpaksa dibelajar. Sehinggakan cara remeh itu dirasakan lebih baik jemput tetamu yang kebiasaan.

iii. Ujian sangat besar apabila berurusan dengan 'orang-orang besar'. Ujian-ujian ini sangat mematangkan kami team program tanggungjawab zakat korporat.

iv. Setiap ujian yang diberi pasti ada hikmah dan rahmat. Walau penat bersedia tempat, memastikan yang terbaik, dikena marah, dikena maki hamun namun kami telan ibarat makan penadol active 5. Lepas sejam ok balik. Tapi itulah hakikatnya. Semua rakan-rakan team saya merasakan inilah majlis paling susah dan paling banyak masalah.

v. Namun berkat kesabaran bekerja sepasukan, sefikrah, seia, sekata, sehati dan sejiwa. Kami semua BERJAYA melakukan!!! Alhamdulillah.. Rafak selautan syukur selayaknya buat Dia yang tidak pernah-pernah jemu bersama kami dimana sahaja kami berada. Di dalam kesulitan, di dalam kepayahan, di dalam keserabutan DIA lah RAFIQ kami dalam memberi kesempurnaan kepada majlis itu.

vi. Tanggal 25 Mei 2008, hanya sejarah mengajar kami seribu kemanisan dan kepahitan. Usai sudah Majlis Pelancaran CZR peringkat Negeri Perlis...

vii. Lepas ini... menyusul pula Pahang Darul Makmur.... Orang-orang pahang nantikan team kami ke sana... yeah yeah yeah!!!

Viii. ALHAMDULILLAH.

Softening Brush

 Bismillah. The hectic week has just begun, and I need to slot in my packed time, even 5 minutes, to sharpen my art skill of sketching up an...