Friday, November 5, 2010

Daerah itu kutinggalkan..

Rasanya, entri saya kali ini agak back dated dan panjang.

I
20 Oktober – Hari terakhir berkhidmat di BSP, segala suka-duka, manis-pahit dan tawa-sendu telah dilalui bersama-sama. Bagi warga FPM, daripada mereka telah banyak saya pelajari tentang dunia akademik. Berakhirnya saya di sana, bukan bererti berakhir sebuah persahabatan, ikatan yang telah termatrai, tetapi ukhuwah yang terbina di sana adalah suatu ikatan yang berpanjangan yang sukar untuk saya lenyapkan diminda ini. Ketenangan tasik itu, keindahan pemandangan, menenangkan segala masalah yang dihadapi. Di bilik 2302 itu saya bertapa selama lebih kurang 820 hari itu takkan saya lupakan. Datang dan pergi anak-anak didik, dibawanya dengan seribu persoalan dan kebuntuan, sedayanya dikurangkan agar tenang mereka meneruskan sisa hidup sebagai siswa-siswi di bumi bertuah itu. Langkah kaki sangat sukar melangkah, saya sedayanya menziarahi satu-persatu bilik warga FPM memohon maaf atas segala khilaf sengaja mahupun tidak. Sepanjang awal Oktober lalu, saya bersyukur dan berterima kasih atas pelawaan demi pelawaan untuk sesi pertemuan akhir. Namun, teralat juga ada juga rumah-rumah yang saya tidak sempat saya kunjungi dek keterpadatan masa dan waktu, seribu kemaafan buat sahabat-sahabat saya cik bee, kak maya, kak paie dan kak fazilah. Bukan tak nak tapi memang saya padat sungguh. Barang-barang yang penuh perlu dikosongkan segera kerna bakal g-2-2 sudah ada pemilik baru…hari rabu itu, hari yang menyaksikan saya pulang lambat, seperti biasa menumpang sesiapa yang pulang lewat dan paling tidak terucap trimas pabila Wa juga mempelawa mengangkut kotak-kotak dari tingkat 3 ke bawah, myvi putihnya juga saya tumpang. Dalam kekelaman malam, mesej dan panggilan anak didik mahu memberi buah tangan dari Seberang Takir. Alahai sungguh teruja..Setelah bertemu anak-anak yang kesedihan di hadapan 1st CafĂ©, saya dan Wa bergerak ke VSP meneruskan misi angkat barang. Alhamdulillah, Wa tolong angkat sampai ke rumah.

II
Jabatan saya khususan kak muna yang bersusah payah, yang tiba-tiba keesokannya 21 Oktober masih menjemput saya yang kebetulan pagi itu saya hadir semula ke kolej untuk penyerahan kunci bilik secara rasmi kepada pemilik baru 2302.… Untuk  majlis akhir itu, saya tahu kehilangan saya pasti terasa namun akan ada penggantinya bahkan lebih baik daripada saya, Insya Allah. Nak coret pun tak tercoret di sini. Banyak! Malamnya lagi, jemputan makan malam istimewa oleh kak cun & ustaz bersama-sama putera-putera mereka iaitu izz dan fekhry (cari punya cari rupanya sudah didepan kedai!) Perpisahan malam itu terasa tatkala pelukan dengannya huhu… mujur ada iklan-iklan tambahan so kurangla feel sebak. Usai makan malam, saya mendapat panggilan anak-anak didik yang sudah bersedia untuk bertemu, memandangkan saya juga sudah berakhir perkhidmatan di sana bergergas menuju kolej secepat yang mungkin kemudian satu lagi di blok K. Terasa terharu kerna malam-malam begini masih lagi sanggup menunggu saya. Jam ditangan saya sudah hampir 12 malam. Alhamdulillah selesai. Setiba dirumah dengan energy yang sangat kurang tetapi keadaan rumah perlu dikemas segera. Seperti kata kaka nom yang datang bertandang, banyaknyaa barang-barang hang! Awat tak ajak awai-awai. Saya teruskan sedaya yang mungkin. Tetapi…. Lup… kena charge energy!

III
22 Oktober seusai subuh, saya dan adik bergotong-royong perdana menyiapkan segala kerja-kerja tergendala. Kami berjanji perlu siapkan semua sebelum pukul 10 habis lewat kerana kami perlu bergergas ke pahang untuk agenda seterusnya. Lebih kurang 10 lebih selesai dengan barangan yang hendak dibuang dan dibawa pulang. Pergerakan menjadi pantas kerna kami berjanji dengan kak siti untuk ke destinasi seterusnya. Alhamdulillah, dapat menambah nilai kami keluar susur ke arah gombak/karak. Kami ditiba di destinasi lebih kurang 3.00ptg. Gembira bukan kepalang. Credit to my Keb sebab bersusah payah menyediakan menu lazat soto muadzam. Bila le agaknya dapat kami menikmati soto muadzam lagi ye.. angin sepoi-sepoi riang mengajak kami bersantai setelah penat bekerja di kota metropolitan. Masa diambil dengan sepenuh-penuhnya sambil bermain dam, melihat bapa membantu anak bermain laying-layang..layang-layang tersebut tersangkut dipokok. Nenek dan datuk mereka duduk menikmati keindahan alam. Kami berempat duduk sambil menikmat alunan irama ombak yang menghempas pantai. Subahanallah indah sungguh ciptaanNYA. Di samping remaja-remaja bersukaria bermain bola tampar pantai. Malam diteruskan agenda menuju ke negeri berbendera hitam putih itu. Kemudian pulang ke tempat penginapan sambil ke tepi pantai… sang bulan memancar cahaya ke serata laut. Kami menikmati malam yang terang itu. Berlampukan bulan, beriramakan ombak dan berkipaskan angin laut china selatan. Keesokan pagi, kami masih mengisi masa-masa di pantai sebelum bergerak ke kuantan.

III
23 Oktober, kami bertolak dari kuantan dan terus ke temerloh untuk menziarahi parents keb. Perjalanan kami diiringi hujan yang sangat lebat namun alhamdulillah sempat tiba walau agak lewat petang. Dari temerloh bergerak pulang ke KL hampir maghrib, dan tiba lebih kurang 9.15, singgah di Masjid Sallehudin (masjid pertama saya singgah semasa mula-mula iskandar dapat). Saya dan adik terus ke Shah Alam kerana mak dan ayah sudah tiba. Lebih kurang 10.40 kami tiba didepan rumah abang. 

IV
24 Oktober - Sesubuh sep’ie saya dan adik meluncur laju ke BSP untuk aktiviti kemasan terakhir. Pertemuan dengan tuan rumah juga pada hari tersebut. Terima kasih banyak buat Fad kerna membantu dalam misi-misi terakhir itu. Kemudian tuan rumah datang, lalu diperkenalkan orang baru yang bakal menduduki g-2-2. dan itulah kali pertama saya bertentang empat mata dengan tuan rumah setelah 24 bulan saya menyewa rumahnya. Alhamdulillah salam dihulur, senyuman diberi, ukhuwah menjadi erat andai sebelum ini hanya dicorong talian. Lebih kurang sejam, kak marinah mohon permisi, tidak sempat bertemu mak ayah saya.huhu.. kemudian lebih kurang jam 5 datanglah mak ayah dan abang dan kakak untuk sesi terakhir mengangkat keluar barang-barang saya. Semua barang dipunggah masuk ke dalam kereta ayah dan abang. Fad saya perkenalkan kepada keluarga saya, bersalam-salaman untuk berpisah. Kunci diserahkan semuanya pada Fad. Saya berpesan..jagalah g-2-2 baik-baik. Kami berpelukan. Kemudian kami bergerak dengan kereta berasingan. Sampai di pondok guard VSP, saya melambai-lambai pakcik guard yang tidak pernah jemu-jemu mengangkat palang disertai dengan senyuman. Dia juga kelihatan sedih, dia bertanya, kali betul-betul ke? Saya menjawab lemah, ya pakcik, terima kasih banyak-banyak!. Kami berkonvoi tiga-tiga kereta serentak perlahan-lahan meninggalkan daerah BSP… dik yah dengan pantas menekan punat radio. Sinar.fm berkumandang… kebetulan deyjay memutarkan lagu “Senandung Semalam” nyanyian Allaycats. Saya memandu perlahan sambil berkata, aduhai lagu…meruntun jiwa…sambil kereta menuju ke tol BSP. Lebih kurang 15-20m, rangkap lagu ini sangat-sangat meruntun jiwa saya…YA Allah…bumi ini… daerah ini…. Membuatkan saya tidak mampu menahan tujahan air mata. 

Pabila part “Kenangan….tinggallah kenangan….dikau pergi telah ditakdirkan….” 

Laju meluncur keluar air mata ini…BSP saya sangat sayangkan daerah ini, orangnya, kolej saya, tasik tenang itu, VSP, kawan-kawan seperjuangan, semuanya…. Terasa hati sungguh sebak, sungguh sayu… sungguh pilu..iskandar jua terpaksa saya tinggalkan untuk membantu dikyah ke tempat kerjanya. perpisahan yang memilukan.....huhu...

Namun inilah yang dikatakan hijrah… saya kuatkan hati meninggalkan daerah itu dengan seribu keazaman dan seribu cita-cita dan cinta.

YA Allah permudahkan segala genap urusanku..sesungguhnya hidupku, matiku adalah keranaMu.

Wednesday, October 13, 2010

Tutup mulut


Daripada Abu Hurairah r. a. bahawasanya Baginda Rasulullah saw bersabda bermaksud: "Sesungguhnya Allah swt suka orang yang bersin, dan membenci orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu bersin, lalu dia mengucapkan 'Alhamdulillah', maka adalah hak atas setiap Muslim yang mendengarnya pula mengucapkan 'Yarhamukallah!'. Adapun menguap itu adalah daripada syaitan. Maka apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia menahannya sekadar termampu. Sebab sesungguhnya apabila seseorang kamu menguap, syaitan akan mentertawakannya" . (Hadith Riwayat Bukhari)

Daripada Abu Said Al-Khudri r. a., katanya : Telah bersabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka" . (Riwayat Imam Muslim)

Nabi Muhammad saw bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang bersin, dan membenci orang-orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu menguap, jangan sampai berbunyi, kerana yang demikian itu daripada syaitan yang mentertawakanmu" . (Hadith riwayat Imam Muslim, Ahmad dan At-Tirmidzi)

Daripada Abdullah bin Az-Zubair r. a. , katanya: Telah bersabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah swt membenci sesiapa yang mengangkat suara ketika menguap dan bersin" . (Hadith riwayat Imam Muslim, Ahmad dan At-Tirmidzi)

Pengajaran daripada maksud hadith, antara adab-adab menguap dan bersin:

1. Berusaha menahan menguap sekadar termamputerutama ketika solat.

2. Meletakkan tangan di atas mulut untuk menahan menguap sama ada di dalam atau di luar solat.

3. Makruh mengeluarkan suara dan mengangkat bunyiketika menguap atau bersin.

4. Sunat ketika bersin mengucapkan "Alhamdulillah" , dan orang yang mendengarnya pula mengucapkan "Yarhamukallah" .

5. Sunat mengucapkan "Astaghfirullah" selepas menguap.

source: credit to SFSY 

Thursday, September 30, 2010

Roti Bakar dan Kopi Susu

Mata saya terbuntang dan cemerlang setelah terkena segelas kopi ais di Kluang Station sekitar 9.50 tadi. Saya singgah ke situ setelah sekian lama tidak menyinggah kerana kepingin makan roti baker! Sambil menanti sahabat saya siap menghantar sepupunya di Jalan Duta, MRR2 yang sentiasa sesak dengan kenderaan itu terpaksa saya redah dek kerana berangan-angan trafik lancar sekitar 8.30 malam ke atas. Namun jangkaan saya meleset sama sekali. Sebaik sahaja selekoh Cheras/Kuantan saya belok, NAH! Sesak seolah-olah semua baru pulang kerja… Sebenarnya lama juga masa diambil untuk tiba di Tesco Ampang. Banyak kenangan indah di KS. Sekarang ibarat mengimbau saat-saat indah di Selangor dan Kuala Lumpur.

Setelah menikmati roti bakar dan kopi susu, saya dan adik beransur gerak ke Sri Gombak. Tiba hampir 11 malam, jadi kerja datang rumah orang malam-malam buta. Tak apa janji, buku econometrics Dr.Is akan berada di atas mejanya sebaik sahaja ayam berkokok esok pagi. Misi tercapai. Sejam kemudian kami bergerak lebih kurang 45km menuju ke selatan.

keropok mony

Wednesday, September 15, 2010

Lebaran ini

SELAMAT HARI RAYA IDUL FITRI  Selamat menyambut 1 Syawal 1431H “Taqabbalallahu minna waminkum” “Kullu ‘am wa antum bi khair” MINAL A’IDEEN WAL FAAIZIIN

Monday, August 9, 2010

Ramadan Kareem

Mula-mula dulu tasik itu sangat tenang...

Sekarang...ya masih tenang....

Tapi.....biarlah diri anda diselubungi misteri....

Just come back after a week acquired knowledge at Nikko plus unhealthy . Having three days conference made myself so exhausted, but I really enjoyed the course.When at night, I had scary-mary nightmare...  Alhamdulillah today, it starts at the lower point of working mood since myself still in "recovery". Insya Allah, hope everything will be ok. Nothing more to share today. Just wanna paste something and avoid my home too dusty. Since Ramadhan is just around the corner, I wanna wish you all..."RAMADHAN KAREEM".... Let's gather the bless and reward as much as we can for this coming Ramadhan, do the best in this Ramadhan....Insya Allah.

Ya Allah..jadikanlah Ramadhan kali ini yang terbaik buat kami! Bimbinglah kami, pandulah kami, bawalah kami menuju redhaMu....


Monday, July 12, 2010

Its Monday

Its Monday. Nothing special but fact. Having a great weekend, today we start working.

Just to remind and to "wake up" our minds..to share some quotations and motivational thoughts...

The highest purpose of intellectual cultivation is to give a man a perfect knowledge and mastery of his own inner self; to render our consciousness its own light and its own mirror.
Frederich Leopold von Hardenberg

Never neglect an opportunity for improvement.
Sir William Jones

Knowledge of what is possible is the beginning of happiness.
George Santayana

Wednesday, July 7, 2010

Mereka dan saya


Pagi-pagi lagi saya dikejutkan dengan panggilan bekas pelajar saya. Mak ai..pukul tujuh suku. Belum sempat panggilan diangkat irama lagu my memory terhenti. Saya memanggil semula, terdengar suara ceria gembira.

"Puan! Saya tengah berorentasi ni", dia memulakan perbualan.
"Iye? Kamu dapat mana ni? Amboi gembiranya", saya terasa kegembiraannya itu.

"Puan teka. Puan teka", dia berteka-teki pagi-pagi sepi'e ni.
" UIA ke?, UIA???",layan saya meneka. hehe...

"Yang saya minta dulu lah..he he...", beracah-acah lagi.

"Ye lah...kan kamu minta UIA kan...",yakin betul saya dengan tekaan saya.
"Yeeeee saya kat UIA ni!!", nadanya yang sangat gembira.

"Allah...Alhamdulillah!!! Ya Allah gembiranya saya...kamu dapat juga akhirnya... tercapai cita-cita kamu nak masuk UIA", saya membalas. 
"Ye Puan, Alhamdulillah....saya tak inform sapa-sapa pun lagi, dapat jer terus daftar. Puan, saya kena ambil EPT, APT. Saya bimbang juga", dia menambah.

"Gembiranya saya...saya sangat-sangat berdoa dan solat hajat agar kamu dapat masuk. Tentang bahasa kamu jangan bimbang, sekiranya ambil bahasa, kamu teruskan juga. Baik untuk kamu", saya memberi pendapat.
"Insya Allah, saya harap dapat transfer credit. Oh ya Puan, D kirim salam,dia akan berangkat ke Australia minggu depan", dia memberitahu.

"Wa'alaikumsalam... Akhirnya dia akan berhijrah ke sana ya. Macam mana dengan si songkok tinggi tu? Apa namanya?", saya teringat bertanya.
"Oh ya Z, dia akan pulang ke Singapura. Dia akan meneruskan legacy keluarganya", dia menambah.

"Oh ye ke...Bagus-bagus. Kamu di sana, akan bertemu dengan orang yang hebat-hebat. Teruskan perjuangan kamu. Belajar rajin-rajin", saya menambah.
"Puan, kalau boleh saya nak duduk dengan foreigners".

"Bagus, tapi kamu kena pandai pilih kawan. Pilih yang baik yang boleh memberi kebaikan dalam pelajaran. Yang baik dapat memberi kelebihan dalam bahasa tetapi ada juga yang sebaliknya. Kamu perlu observe semua itu ya".

"Insya Allah...Puan sini lebih kurang biah di sana.Cuma di sini lebih lagi la. he he..."
"Pasti! Sekiranya di sini tenang, di sana lagi terasa ketenangan itu".

"Puan, saya nak ucap terima kasih banyak-banyak atas segalanya. Doakan saya di sini. Nanti saya pegi sana, saya nak selesaikan beberapa perkara yang perlu diselesaikan".

"Insya Allah, belajar rajin-rajin Baik-baik..!"

"Ok Puan... Assalamualaikum".

"Wa'alaikumusalam"

Dua, tiga semester lepas, tiga sahabat ini F,D dan Z selalu menjengah ke bilik saya. Pada saya, mereka mempunyai gagasan yang besar dalam hala tuju kehidupan mereka. Mereka mempunyai visi tersendiri dan selalu berkongsi rasa dengan saya. Dan ketiga-tiganya ada potensi ke atas impian mereka. Antara cita-cita yang ingin dicapai mereka, F bercita-cita mahu masuk UIA setelah habis diplomanya. Alhamdulillah setelah berjaya berakhir dengan 3.7 dia berjaya menjejakkan diri di UIA. D, bercita-cita mahu bermigrasi ke Australia, dan menyambung pelajaran secara maya serta secara langsung berkecimpung dalam dunia kewangan (esset planning). Akhirnya, sekarang D, tengah bersiap siaga untuk ke Australia. Manakala, Z punyai perniagaan keluarga yang bakal diwarisi. Z sudah pulang untuk berkhidmat dengan keluarganya. Mereka bertiga akan berkumpul dan berjumpa setelah masing-masing berjaya mengorak langkah ke persada impian mereka.

Saya mendoakan mereka teruskan usaha dan berjuang sehingga akhirnya..

To climb steep hills requires a slow pace at first ~ Shakespeare

Monday, July 5, 2010

Tanya kita

 
Seorang hakim berkata : 6 sifat yang menunjukkan kebodohan iaitu:-
 
1.Marah tidak pada tempatnya
2.Bicara yang tidak berguna, kerana itu seorang yang berakal tidak berbicara 
kecuali jika penting dan berguna
3.Pemberian yang tidak pada tempatnya
4.Membuka rahsia kepada semua orang
5.Percaya kepada semua orang
6.Tidak membezakan antara kawan dan lawan kerana itu kita harus mengetahui 
siapa musuh dan siapa kawan. Kawan untuk di taati dan musuh untuk di awasi 
dan musuh yang utama ialah syaitan, yang benar-benar harus di jauhi.
 
Rasulullah bersabda:
 
" 5 sifat yang tidak terdapat pada orang munafik.
1.Pengertian agama,
2.Berhati-hati dalam lidah,
3.Senyum di muka,
4.Nur ( terang) dalam hati
5.Cinta kepada kaum muslimin.
 
Yahya bin Aksam berkata :
 
"Tiada seorang yang baik perkataannya melainkan akan tampak dalam semua 
amalnya dan tiada rosak perkataan seseorang melainkan akan tampak dalam 
semua amal perbuatannya." 
 
Lukhman al-hakim berkata kepada puteranya: hai anak, siapa yang bersahabat 
pada seseorang yang jahat tidak selamat. dan siapa yang masuk di tempat yang 
jelek akan tertuduh. dan siapa yang tidak dapat menahan lidahnya akan 
menyesal.

Monday, June 28, 2010

Untuk kita..

Sabda Rasulullah s.a.w :

"Jagalah taqwa kepada Allah, sebab taqwa itu menghimpun segala kebaikan. Dan kerjakanlah jihad sebab ia sebagai pertapaan bagi ummat Islam dan lazimilah zikrullah dan membaca al-Quran sebab ia cahaya penerangan untukmu di bumi dan sebutan namamu dilangit. Dan jagalah lidahmu kecuali dalam kebaikan sebab dengan itu dapat mengalahkan syaitan."

Wednesday, June 9, 2010

Irama malam

Malam bukan lagi muda. Beberapa minit lagi embun-embun jantan pasti terbit dihujung-hujung rumput. Malam yang damai, malam yang penuh dengan irama.. Seirama dengan alunan viola lagu Ku bersujud padaMu benar-benar mengusik jiwa. Antara liriknya "Kau tempatku meminta, kau beriku bahagia.. jadikan aku selamanya... hambaMu yang selalu bertaubat…. Ampuniku ya Allah, yang sering melupakanmu… saat kau limpahkan karuniaMu dalam sunyinya aku bersujud." Kebuntangan mata saya ini membuatkan saya ingin membuat 'entry' dini malam. Sebenarnya lagu ini, adalah dedikasi sahabat saya yang sedang bertungkus-lumus menyiapkan thesis PhDnya. Dia juga mahu berkongsi apa yang dirasai dan dialami olehnya. Pertemuan lewat Ahad lalu, sempat mengimbau saat berkongsi dan berbincang tatkala di zaman MA kami di Sungai Pusu suatu ketika lalu. Saya sungguh  berasa kagum dengannya melihatkan ketabahan, kecekalan dan kekuatannya yang dizahirkan untuk menyiapkan thesisnya. Inilah kehebatan orang-orang terpilih menimba ilmu apatah lagi menuntut ilmu diperingkat doktor falsafah. Kejituan usaha, komitmen yang tidak pernah kurang, menggali sedalam yang mampu ilmu tentang konsep, metodologi, kajian lepas yang menyumbang ke arah satu bentuk ilmu pengetahuan yang baru. Saya juga berharap liku-liku yang dilaluinya ini dimudahkanNya setiap inci dan sentimeter. Dan semua sahabat saya yang di atas trek perjuangan yang sama, saya iringi doa agar kalian dipermudahkan dalam setiap genap dan inci dalam proses perjuangan kalian. Setiap kesusahan pasti berakhir dengan kesenangan atau kemenangan. 
Malam kian berganjak larut, saya juga perlu berganjak dari menatap skrin ini agar tidak terhantuk kepala ke papan kunci ini. Agenda esok penuh dengan warna-warni yang perlu dilakarkan sejenak tiba dipejabat. Namun, segalanya amat menyenangkan saya. Kegirangan jelas terasa dan puas tatkala mereka yang berada dihadapan saya menadah dan menyimpan baik-baik di dalam CPU mereka. Walaupun ada ketikanya mereka menghadapi masalah 'short memory lost' dan 'auto delete', saya juga tetap ulang dan terus ulang agar pendengar-pendengar itu tidak sahaja mendengar, malah merekod terus lekat di CPU mereka dengan diletakkan antivirus yang baik untuk mengelakkan pencerobohan seperti virus trojan monster, worm.exe dan apa segala bentuk malware yang ada. Saya sudah meletakkan perasaan memaafkan mereka atas masalah-masalah yang disebutkan tadi. Antivirus dibekalkan agar mereka terus immune dengan virus-virus tersebut. Wahai pendengar-pendengar, kalian adalah pendengar yang bijak dalam menguruskan diri kalian agar dapat memahami dan meminati apa yang disampaikan saya setiap hari....

~seriously in afgan mode and viola~

Softening Brush

 Bismillah. The hectic week has just begun, and I need to slot in my packed time, even 5 minutes, to sharpen my art skill of sketching up an...