Showing posts with label santan. Show all posts
Showing posts with label santan. Show all posts

Thursday, November 26, 2009

Meja Kampung


Asal perancangan saya bertolak malam semalam (Rabu) tetapi dek kehabisan tiket bas menuju ke utara, saya terpaksa membelasah apa-apa tiket yang ada di Hentian K. Syukurnya hanya ada satu seat untuk saya bagi Bas Etika untuk menuju ke utara. Alhamdulillah. Kemudian terus saya mengisi borang cuti untuk hari Rabu.

Perjalanan semalam sangat panjang, memang tidak dinafikan KL ke Kangar bukannya dekat melainkan naik kapal terbang 50 minit. Tapi kena landing kat Kedah sebab Perlis tiada lapangan terbang.Lapang sasar kapal terbang kertas ada la kat Sungai Batu Pahat. Dulu masa mula-mula saya menetap di Santan sekitar 1992, ada ura-ura mengatakan Santan akan dijadikan lapangan terbang. Mak oiii...habis orang Santan kena pindah. Mana kami semua nak pi... Mujur hanya ura-ura. Sehingga sekarang tiada lagi. Kembali kepada kisah naik bas, saya bertolak pukul 11.30 pagi, tapi keluar dari KL pukul 1.30 petang. Banyak destinasi rupanya Bas Etika ni. Kemudian pabila dah masuk Lebuhraya Utara Selatan, bawak laju semacam (saya rasa mungkin enjin bas dan ekzos bas yang bunyi kuat). Non-stop. Saya tertanya-tanya bila mau berhenti R&R. Langsung terus.

Akhirnya berhenti di R&R Taiping. Baru buka 6 hari. Kami berhenti seketika. Saya tak pasti berapa lama masa diberikan, tapi pemandu bas seolah-olah tidak berganjak dari tempat duduknya. Jam sudah 4.30, berkira-kira jamak ta'akhir. Saya rasa mesti bas takkan berhenti lagi, terus bergergas ke surau perempuan. Saya seorang. Hati gusar kalau kena tinggal. Taiping ke Kangar jauh lagi. Percepatkan ambil wuduk. Tapi hati terbayang-bayang kena tahan lori ayam lepas ni kalau kena tinggal bas. huhuhu...Kemudian sejadah dibentang, takbir diangkat serta bertawakkal sahaja.

Usai solat saya melulu lipat sejadah, buat apa yang patut pakai kasut keluar dari surau. Masa keluar serentak di surau lelaki ada penumpang lelaki menaiki bas yang sama. Fuh....alhamdulillah. Nasib lagi. Saya lihat penumpang masih berbaki di bawah. Saya sempat membeli buah untuk mengalas perut. Kemudian naik semula bas tersebut. Jangkaan saya tepat. Tiada lagi tempat yang diberhenti terus lajak ke susur ke Sungai Petani, menurunkan penumpang dan terus dan terus ke AS. Fikir saya pasti tiba di Kangar sudah Isya'.

Akhirnya 8.30 malam baru sampai nunnn stesen jauh di utara Malaysia. Sembilan jam. Lenguh pinggang cek. Setiba di rumah mak sudah menanti dengan senyuman. Saya lakukan apa yang patut terus bersiap siaga untuk bersantap. Inilah saat-saat yang terbayang dari dalam bas... sedap! suap bersuap.. Alhamdulillah. Dalam pukul 11 malam adik saya yang berkursus di Sg. Petani pulang bersama Laksa Teluk Kechai. Aduii... Kecur ayaq liuq. Terus semangkuk jadi santapan.

Dan hari ini alhamdulillah, ayah mak, adik dan saya bersama-sama berpuasa sunat wukuf di Arafah. Ya Allah.... ku syukuri nikmatMu... nikmat tinggal di Santan...

Kepada semua sahabat-handai saya, Selamat Hari Raya Eid Adha ya.

Semoga kita sentiasa memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail a.s serta pengorbanan wanita-wanita hebat Siti Hajar dan Sarah. Labaikallahuma labaiik..! Hati bergurindam kerna rindu terkenang Tanah Suci..

"EID MUBARAK"

0808
1423
meja kampung, Santan

Thursday, September 24, 2009

Ziarah Sana Sini

Raya ke - 4. Hari ini baru benar-benar berkesempatan masuk "rumah". Tidak berkesempatan. Sudah menjadi kebiasaan apabila hari raya ke dua rumah Santan akan terbuka buat semua sanak-saudara. Sememangnya sedari dulu, semenjak tahun 1992 lagi. Alhamdulillah sehingga lewat malam, sanak saudara serta kawan-kawan turut datang bertandang. Special thanks to my ex-housemate, kak ina dan Zack dari Sungai Petani turun ke Santan. Cik Bee, Muzaffar, Muaz, Marni, (adik-adik yang lain kurang pasti nama). Dan juga hari ini Kak Zack, Abang Hazel dan Awash pun sampai juga ke Santan.Ex-boss Head Shariah of Etiqa Takaful Berhad dan keluarga turut datang. Sangat seronok. Ex-boss CERT bila agaknya nak sampai Santan....:-?

Kemudian bere-union di rumah Syila, tak sangka dapat berkumpul dengan kawan-kawan SMKAP Asma, Roshed dan Yati. Paling terkejut apabila saya memaklumkan pernikahan Haisyah pada Mei lalu. Sungguh seronok bertemu kembali.

Selain kehadiran sanak saudara dan sahabat-sahabat, saya juga berkesempatan menziarahi ayahanda dan bonda sahabat saya Kak Ma di Jitra. Memang sudah lama berhajat nak singgah ke Taman Ehsan, nak ziarah mak dan ayah kak ma serta nak tengok baby baru adik Amni yang bernama Nawal. Kehadiran saya dan adik memang amat dinanti-nantikan oleh pakcik Khassim dan Makcik Rahmah. Tatkala mahu menjejak kaki ke garaj kereta, saya terpandang kereta "Cik BibaH" biru WRQ. Terkenang kak ma dan nizam jauh di bumi Anbiyak, Sudan. Apa khabar mereka di sana... Moga sihat hendakNya. Bertanya khabar sambil menatap gambar-gambar Kak min dan keluarga di UK, saya lihat betul-betul di wajah pakcik Khassim dan makcik Rahmah... mereka benar-benar rindukan anak-anaknya. Pakcik kata tujuh anak-anak dan cucu-cucunya tidak beraya kali ini. Hati saya sebak, saya hanya mampu mengangguk dan senyum. Serta berdoa agar mereka di rantauan sihat dan gembira. Lebih sejam kami berborak, saya dan adik mohon beransur kerana ada lagi sebuah rumah yang akan kami singgah di Changlun iaitu rumah kak ida teman sepanjang saya di UIA, ketika itu dia di Kuliyyah Ahmad Ibrahim of Law pengajian di peringkat PhD. Dan alhamdulillah kini sudah pun bergelar Dr. Ida.

Dan hari ini, jiran merangkap saudara sebelah emak saya ada membuat kenduri kesyukuran. Rupa-rupanya kawan sepermainan saya pulang beraya di Santan. Kak Mazrah balik untuk hari raya kali ini. Kami berjiran tetapi sangat susah untuk bertemu. Seingat saya, kami bermain masak-masak semasa sekolah rendah, kemudian ke kelas fardhu ain di Masjid Santan sahaja. Setelah masuk sekolah menengah Kak Mazrah tinggal di asrama MATRI, Tunjung dan saya SMKAP. Kadang-kadang dan jarang-jarang berjumpa. Bayangkanlah duduk sebelah rumah. Kemudian pabila habis SPM, saya merantau ke Kelantan dan dia ke Nilai, Negeri Sembilan. Lagi susah nak bertemu. Sedar tak sedar sekarang dia sudah nak masuk lima tahun di Loughborough, UK. Dan petang tadi kami bersua, berjumpa dan bersembang. Masya Allah. Syiokknya... (to Kak Ebah, Kak Mazrah cakap, bila-bila boleh visit sana, sebab logistik sudah ada). Dia sekarang jurutera di sana. Dan dia dan suaminya tengah menanti masa untuk sambung PhD dan setelah itu baru lah pulang ke Malaysia. Saya doakan mereka semoga berjaya selalu. :)

Kemudian, kami terus bergerak ke rumah sepupu di Kangar, dan ziarah Wa di Paya. Alhamdulillah terasa nikmat berhari raya di sini. Santan de Best! Cumanya, berita agak mengejutkan saya, suami Nani terlibat kemalangan pada hari kepulangan mereka ke Langgar. Kata hati saya sangat kuat, sebab beberapa kali saya mahu hubunginya tapi belum berkesempatan sehinggalah Nani hubungi saya tadi. Majlis resepsi sebelah Aziz berjalan lancar tadi, Alhamdulillah. Cuma Aziz di lengan bercalar-balar kerana terkena serpihan kaca dipintu sebelah kiri. YA Allah.. Ku pohon dijauhkan dari segala bencana di mana jua kami berada Ya Allah. Selamatkanlah kami, jauhkanlah kami dari segala genap bencana di langit mahupun di bumi. Ameen...

0133
Telcel & Jati Arm Chair.

Softening Brush

 Bismillah. The hectic week has just begun, and I need to slot in my packed time, even 5 minutes, to sharpen my art skill of sketching up an...