Showing posts with label Sisipan Ilmu. Show all posts
Showing posts with label Sisipan Ilmu. Show all posts

Sunday, July 5, 2015

Perempuan, Isteri, Anak dan Pelajar

Ramadha ke 18, 1436 semalam membawa pada perspektif yang sangat luhur kepada seseorang saya kagumi. Menyingkap pertemuan atau kisah ukhuwah ketika kami sama-saaa belajar di Matrikulasi Nilam Puri lagi sekitar 1999. Berlainan majmuah bukan bererti persahabatan itu sukar untuk terjalin, hakikat sebuah persahabatan itu bermula dengan sebuah senyuman, tanya khabar dan sapa-sapaan yang berterusan. Kami bertanya khabar dan sentiasa ada ikatan ukhuwah walaupum tidak serapat mana pada ketika itu.

Mengorak langkah ke Kampus Induk di Kuala Lumpur dan berlainan jabatan tetapi di bawah satu pusat pengajjan juga membuatkan kami sering bertegur sapa dan bertukar-tukar maklumat. Seingat saya, kami selalu terserempak di perpustakaan dan ada juga waktunya saya menziarahinya di rumah sewa. Memang indah ukhuwah itu. Masih ingat lagi, saya ketika itu suka melibatkan diri dengan persatuan anak negeri, pernah menginap di rumahnya dan mengenali siapa orang tuanya dan siapa dia di mata orang tuanya. Kami juga akrab selepas terlibat dalam satu program motivasi didaerah Kubur Panjang Kedah.

Masa berlalu, kami tidak pernah pula berkongsi keinginan untuk sambung pengajian di peringkat sarjana. Tapi perancangan Allah selalu indah dan diaturNya dengan cintaNya. Habis pengajian di UniMalaya 2003 saya berhasrat untuk meneruskan perjuangan tradisi ilmu di peringkat sarjana. Di penjuru kota metropolitan, saya memilih UIA sebagai destinasi taman ilmu dan budi saya seterusnya. Tidkk disangka bertemu lagi dengan sahabat saya ini, kami sama sama berjuang diperingkat sarjana di Gombak. Di sinilah kami semakin akrab. Banyak kisah suka dan duka di kongsi bersama. Pastinya kami bukan di Kuliyyah yang sama namun berbeda. Walaupun berbeza, hasrat, cita-cita dan matlamat adalah sama iaitu menuntut ilmu di sana. Akhlaknya yang baik dan tutur katanya yang lembut selalu menjadi komplementari kepada saya. Ukhuwah itu sehingga lah kami habis menuntut sarjana di UIA.

Sesuatu yang terjadi itu selalu saya rasakan bukanlah suatu kebetulan tetapi sebuah ketentuan. Allah lah yang menentukan pertemuan kami selanjutnya, setelah saya habis sarjana di UIA saya terus mendapat peluang pekerjaan dalam industri kewangan di Kuala Lumpur. Namun atas dasar minat untuk berkongsi dnn menyampaikan ilmu yang tidak seberapa saya memohon untuk menjadi pendidil di KUIS. Alhamdulillah berhijrah saya ke Bandar Seri Putra dan bertemu lagi dengan sahabat saya ini dalam bukan perancangan kami. Alhamdulillah. Tautan ukhuwah itu semakin bertaut indah. Sehinggalah dia dipertemukan jodoh dan berhasrat untuk pulang ke Kedah. Akhirnya dia telah berjaya menempatkan diri di UUM. Alhamdulilah.

Dari persepsi saya, sahabat saya ini sangat kental jiwanya kerana saya melihat dia dalam pelbagai persepsi. Persepsi sebagai seorang anak, kepulangan ke kampung sebagai satu platform untuk membalas jasa ibu bapanya yang telah berjasa sehingga ke hari ini. Dia dapat melihat dan memantau keduanya di hadapan matanya. Secara tidak langsung, dapat berbakti secara mutlak kepada mereka. Hebat bukan?

Persepsi sebagai seorang isteri dan ibu kepada tiga cahaya mata. Pada saya sangat hebat dan sangat dikagumi. Ketika dia pulang untuk berkhidmat di UUM, kemudian dikurniakan seorang puteri comel. Dalam tempoh tersebut diberi peluang untuk menyambung diperingkat doktor falsafah dan dalam tempoh itu dikurniakan lagi seorang putera yang comel. Khidmatnya sebagai seorang isteri tiada tara tulus dan ikhlas mendapat redha suaminha. Malah suaminya meredhai dengan apa yang telah dia lalui. Mempunyai suami yang sangat membantunya dalam mendidik anak-anaknya. Saya lihat bertapa cekal dan tabahnya dia dalam mengharungi fasa-fasa ini. Menjadi suri dan ibu kepada suami dan anak-anaknya.

Persepsi sebagai seorang pelajar, menyambung pengajian diperingkat doktor falsafah bukanlah sesuatu yang mudah untum ditafsir prosesnya. Namun saya memberikan pendapat positif sikap dan sangkaan terhadap apa yang dilalui sahabat saya ini, dan tunggak utama redha suami dan ibu bapanyalah membuatkan proses perjalanan sebagai seorang pelajar itu membantu dia mengharungi segala mehnah dengan tenang dan sabar. Hasilnya dia akan viva tidak lama lagi. Sebelum viva 29 hari yang lalu dikurniakan seorang puteri yang comel. Kini tiga orang cahaya matanya dan akan menamatkan pengajiannya dengan viva pada 13hb Julai 2015. Buat sahabatku Norhanani Ismail, Allah sentiasa dengan hambaNya yang sabar dan redha. Ku yakin kejayaan itu nanti pasti milikmu.

Rasa panjang sungguh entri pagi ini. Sebab ingin diungkapkan sebuah persahabatan yang indah, sehinggakan Mak saya sendiri mengaguminya. Coretan untuk disimpan untuk pendoman dihari kemudian.

Fajar di ufuk timur,
Ramadhan 18, 1436
5-07-15

Wednesday, April 7, 2010

2 minutes!

Bunyi sms mengejutkan saya dari khusyuk mengadap skrin laptop ini. Mesej daripada "Walid Saya". Saya ingin kongsi bersama-sama.

Mafhum hadith, barangsiapa berkekalan mengerjakan solat sunat empat rakaat sebelum solat fardhu Zohor dan empat sesudahnya nescaya diharamkan api neraka ke atasnya.Jadi amalkan lah sebelum kita tua...

~Kuliah Syeikh Ustaz Baderudin~
Salam Zohor..~2302~

Tuesday, September 29, 2009

Tadah Ilmu

Sekolah saya sunyi. Para pelajar masih bercuti. Dan hari ini saya masuk kerja. Kerja yang bertambun menunggu penuh di atas meja. Sengaja saya biarkan kerja-kerja berkaitan ISO di atas meja sebelum pulang bercuti. Memang menyesakkan mata pabila memandang, tetapi sekurang-kurangnya saya tahu kepulangan nanti banyak yang perlu disiapkan. Namun pagi ini saya mendapat jemputan untuk menghadiri satu syarahan umum yang bertajuk “Strengthening the Islamic Financial System: Lesson from the Crisis”, disampaikan oleh Dr. Abbas Mirakhor daripada University of Kansas. Memang sangat berguna. Didalam majlis ilmu ini, SC juga menjemput DYTM Raja Muda Nazrin untuk bersama-sama mendengar syarahan beliau.

Di sini saya sertakan link untuk perkongsian ilmu tentang pengajaran dan resolusi yang sewajarnya dilakukan oleh pengamal ekonomi mahupun penganalisa dalam kewangan Islam. http://www.sc.com.my/eng/html/icm/SC_UM_DrAbbas_090929.pdf

Secara umumnya disyarahkan oleh beliau tentang tiga model-model ekonomi konvensional seperti Walras, Arrow-Debreu Model (Complete Market) yang diasaskan dengan beberapa hipotesis-hipotesis yang terlalu sempurna (perfect) seperti tiadanya campurtangan kerajaan, tiada kos transaksi serta pasaran adalah anjal sempurna. Selain itu, diutarakan oleh beliau tentang dua bentuk model ekonomi moden yang diubahsuai oleh ahli ekonomi yang lain iaitu Modigliani – Miller Theorem dan Efficient Hypothesis Market.

Selain itu system kewangan itu sendiri yang berbentuk “fragile” menyebabkan pasaran mudah dipengaruhi oleh faktor-faktor yang membawa kepada kemelesetan. Pengajaran yang paling jelas yang dapat saya simpulkan daripada syarahan beliau adalah kestabilan system kewangan adalah sempurna tanpa kadar faedah. Mekanisma kadar faedahlah punca utama kemelesetan krisis global baru-baru ini. Selain itu prinsip penyertaan ekuiti adalah lebih tepat untuk menghalang “shock” dalam ekonomi. Gelagat pengguna dan pelabur yang berteraskan kejujuran, keadilan, tidak memanupulasikan keuntungan adalah salah satu factor penting untuk merealisasikan system kewangan Islam.

1850
Carera B-2, Germany

Sunday, April 12, 2009

Sisipan Ilmu

Tatapan buat semua sahabat, saya ingin lampirkan sedikit input yang diperolehi di Majlis Ilmu bersama Prof. Dr. Ali Jumu’ah, Mufti Mesir.



Beliau telah memetik satu hadith yang menjelaskan bahawa apabila Rasulullah s.a.w melintasi suatu majlis ilmu, Nabi Muhammad s.a.w bersabda bahawa majlis itu baik. Dan ada juga majlis berzikir dan Nabi Muhammad s.a.w juga bersabda ini majlis yang baik.

Rahmah

Apa sahaja hubungan kita dengan alam sekeliling kita adalah kerana Rasulullah, beriman dengan kerasulan Nabi iaitu hamba yang diutuskan oleh Allah untuk seluruh alam. Namun apabila kita perhatikan, terdapat juga manusia yang tidak beriman kepada Allah. Akan tetapi, Rasul diperintahkan untuk membawa rahmat kepada yang beriman dan tidak beriman. Rahmah yang diberikan oleh Allah kepada Rasul adalah untuk semua daripada hamba-hamba yang beriman sehinggalah hamba yang tidak beriman dari dulu sehinggalah ke hari akhirat.

Adapun umat Nabi Muhammad terbahagi kepada dua, pertama adalah ummatul ijabah yang bermaksud diberi nikmat iman dan yang kedua ummatul dakwah yang bermaksud perlu disampaikan dakwah Nabi Muhammad s.a.w. Para ulama sangat mempersepakati bahawa Nabi Muhammad s.a.w adalah rahmah kepada alam semesta. Di dalam setiap pengajaran atau majlis-majlis ilmu ia disebut hadith ul rahmah.

Baginda juga bersabda bahawa orang yang mengasihi, yang memberi rahmah akan dikasihi oleh Yang Memberi Rahmat (betulkan saya sekiranya salah). Baginda juga bersabda bahawa barangsiapa yang mengasihi semua di atas muka bumi ini, maka dia akan dikasihi diseluruh muka bumi ini.

Semasa di dalam majlis tersebut, kami diijazahkan sanad. Dan kami menerima.

Apabila ditanya apakah dalil yang menunjukkan Nabi Muhammad itu benar? Apakah baginda sememangnya Rasul yang disebutkan? Jawapan bagi persoalan-persoalan itu dihuraikan dengan terperinci oleh Dr. Ali.

Dalil Pertama : Al-Quran

Diperjelaskan bahawa kebenaran Nabi Muhammad s.a.w bahawa baginda diutuskan bersama-sama dengan kitab suci Al-Quran al-Karim. Yang mana sehingga ke hari ini, kitab suci al-Quran tidak mampu diubah oleh sesiapa sahaja di muka bumi ini. Berbeza dengan kitab yang diturunkan kepada kaum Yahudi dan Nasara. Kitab-kitab untuk kaum tersebut diubah diolah sehingga lari daripada isi maksud sebenar kitab. Nabi Muhammad s.a.w telah meninggalkan kita dua PUSAKA penting;

1) Al-Quran
2) Keluarga baginda

Setelah Nabi Muhammad dijemput Allah, al-Quran masih lagi tetap dari sudut kandung ketika mana sebelum kewafatan baginda sehingga lah ke hari ini. Bila dilihat tentang senario ini, adakah ada kuasa lain yang berhak menjaga al-Quran jika tidak hanya Allah semata-mata. Yang dipelihara dari segala tokok tambah dan pengubahsuaian mahupun pemalsuan. Tiada siapa yang dapat menjaga keaslian al-Quran melainkan Allah. ”Inna nahnu zikra wainna lahu la haafizuun”. Inilah bukti yang sangat jelas bahawa Nabi Muhammad itu benar.

Dalil Kedua : Kemuliaan Keluarga Baginda

Kita ketahui bahawa baginda mempunyai ramai anak. Siti Zainab, Siti Ruqaiya, Ummi Kathum yang meninggal dunia ketika mana dalam kehidupan baginda. Siti Zainab meninggalkan Umaimah namun tiada keturunan. Hanya Saidatina Siti Fatimah yang melahirkan Hassan dan Hussin. Anak-anak Hassan juga ramai yang meninggal dunia kecuali Zaid al-Abbaas manakala Hussin meninggalkan Ali Zainal Abidin. Sesungguhnya Allah berkuasa menjadikan semua zuriat daripada Rasulullah. Walaubagaimanapun, daripda Hussin dan Hassan terbentuk satu keturunan yang panjang sehingga menjangkau 40 juta zuriat Nabi Muhammad s.a.w di seluruh dunia. Merujuk surah al-Kauthar, inna ’a’thai na kal kauthar (kauthar merujuk kepada keturunan yang banyak). Terdapat pendapat mendakwa dengan bahawa baginda tiada keturunan. Namun diperlihatkan bahawa Allah telah memberkati keturunan Nabi Muhammad s.a.w yang bercambah banyak yang mana baginda sendiri tidak mampu untuk menjaga zuriat keturunan. Hanya Allah yang layak menjaga zuriat baginda sehingga hari kiamat.

Dalil Ketiga : Nama Muhammad

Allah mengangkat nama Muhammad iaitu ketika mana sewaktu azan. Setiap hari lima kali azan akan dilaungkan pada minit yang berbeza-beza yang mana ”asyhadu anna muhammadan rasulullah” diulang sebanyak dua kali menjadikan ianya 10 kali diulang pada setiap hari. Selain itu, melebihi 100 juta ummat manusia yang diberikan nama Muhammad. Itu belum lagi nama-nama seperti Ahmad, Mahmud, Hamid dan nama-nama yang diyakini seperti Taha, Yasiin dan sebagainya. Apabila dikira dan dikumpul nama-nama tersebut tidak terhitung banyaknya nama-nama tersebut. Siapakah yang mengangkat nama baginda?Adakah baginda sendiri yang mengangkat nama-nama baginda? Jika tidak Allah siapa lagi yang selayak-layaknya. Inilah kekuasaan Allah dan bukti bahawa Nabi Muhammad s.a.w itu adalah didatangkan daripada Allah. Dan Allah jualah yang berhak menggangkat darjat Rasul kita yang dikasihi Allah itu.

Dalil Keempat : Jasad Baginda

Allah memelihara jasad baginda sehingga ke hari kiamat. Tidak seperti Raja-raja Rom, Parsi dan sebagainya yang dikatakan bagus akhirnya mereput dimakan ulat di dalam tanah. Sehingga dipelihara jasad Rasul apabila wafatnya baginda dimakamkan berhampiran dengan masjidil nabawi. Tiada nabi yang dijaga makam mereka seperti mana makam Nabi Muhammad s.a.w. (saya sangat-sangat rindukan saat ketika menziarahi makam Rasulullah, saya seolah-olah terasa akan baginda berada di dalam masjidil nabawi, hati terlalu rindu. Rindu untuk bertandang lagi ke kota Madeena). Dilihat kepada kubur Nabi Nuh, Nabi Musa yang tidak diketahui dimana tempatnya. Yang mana kita lihat Yahudi setiap inci cuba mencerobohi Palestin untuk mencari kubur Nabi Musa. Pernah diceritakan baginda s.a.w bahawa baginda pernah melihat Nabi Musa sedang bersolat didalam kuburnya.

Setelah kewafatan Nabi Muhammad, setiap manusia akan berselawat ke atas baginda, menziarahi makam baginda. Siapakah yang boleh menjaga makam baginda? Hal ini semuanya daripada Allah.

Dalil Kelima: Bukan Berhala

Barangsiapa yang mendapat petunjuk Allah maka dapatlah petunjuk itu begitulah sebaliknya. Doa Nabi Muhammad kepada Allah yang bermaksud, ”Ya Allah jangan jadikan aku berhala yang disembah, jangan jadikan kuburku berhala yang disembah”.

Apa yang kita lihat sepanjang zaman, tiada sesiapa pun yang menyembah kubur baginda. Namun apa yang dilihat adalah berlaku penyembahan terhadap Saidina Ali dan mereka itu adalah orang-orang yang sesat. Golongan Fatimiyun menyembah golongan raja-raja dahulu yang mana mereka adalah terdiri daripada umat Muhammad, golongan Bahariyun. Namun tiada satu pun yang menyembah Muhammad s.a.w.

Sepertimana Uzair dikatakan anak kepada Allah dikalangan kaum Yahudi, Isa juga dikatakan anak Allah oleh kaum Nasrani. Namun tiada siapa yang mengatakan Nabi Muhammad s.a.w itu anak Tuhan. Inilah diberikan kekuatan daripada Allah.

Pesanan Akhir Dr. Ali

*Sentiasalah lidah kamu basah dengan zikir kepada Allah.
*Jadi diri kamu sentiasa istiqaamah
*Cintailah Muhammad s.a.w
*Ajarkan anak-anak kamu dengan menyintai Nabi Muhammad s.a.w

*Mohon maaf atas kekurangan.

2328
Mineral water and lamp

Softening Brush

 Bismillah. The hectic week has just begun, and I need to slot in my packed time, even 5 minutes, to sharpen my art skill of sketching up an...