Friday, November 17, 2017

clear but unclear

I was shocked last night been attacked for something that I ridiculously unexpected.

The message was clear, however, the implicit meaning of the message still ambiguity and suspense.

This situation happened one week ago when I was planning to meet a shawl's girl. 

Oh, my BFF know everything. 

We had such a crazy conversation about that situation. 

And consequently, it appeared last night with something was so unintended. 

Now, the mode is waiting and cautious perhaps.

Ah....apelah aku mengarot ni.

Bye

Lembah Pantai

Thursday, November 16, 2017

flowering

Being a student is the best moment should I say though. In order to feel good, we must understand the purpose of why we are here. Why we choose to be here and do we accept what have now? We are here, have to do something the best in our life. Indeed, for me, this is the best moment that I was looking forward to learning more and more. With what I am having now, facing now, doing now is the moment I really enjoy.

Alhamdulillah. Nevertheless, I should admit that the best moments are not always on the top. Sometimes, I also face the difficulties, ups and downs in my research process. No matter what, we should face them peacefully and faithfully. If the trials come from ourselves, we should try to overcome all of the shortcomings. In other words, improve ourselves gradually. Improving ourselves just not change it just one flip of your finger or just one-night process, it takes maybe weeks, months and years to be a new you. Thus, we should control ourselves in certain circumstances. On the other hand, when we have to deal with the uncontrollable difficulties, it does not mean that you are facing “the end of your world”, overthinking might stop you from move forward. The best thing is to try to face it and think of how to solve it. 

Wah…. Very long introduction hahaa…. Make a story short. Actually, last two weeks I faced some difficulties of my XPS which the blue screen and auto-restart issues. Since I have completed my data collection, I have started on my data analysis and I was so fond of and having fun in coding the data perhaps! Go through it. Plus, with preparing the paper for the deadline of the end of this month which I targeted to complete earlier. Back to my XPS story, I made a call to the helpdesk, and ask their technical support to help with these issues and they decided to send me site engineer to look after my XPS. The side engineer came and check my XPS, it is found that my XPS first round recovery, it must change the solid-state disk. I accepted and waited for changing to the new SSD. As usual, as formatted the XPS what I have to do is re-installing all the software related to my research and it took about days to install because of the data all in my Dropbox which I need to synchronize all the data. But then after two days, another problem diagnosed haha. Another blue screen and auto-restart happened again. Immediately I contacted my site engineer to look after the new problem of the blue screen, he said this is major, XPS should be changed with the new motherboard. Haha, what to say.

Ok, he came and again the process that I faced last week I have re-face again, re-installing and re-synchronizing. Plus-minus all these challenges took about one-two weeks crazy with this process. Hoho. Since this weekend and started this week I was in a tucked smoke in my head hahaha “pulun” to finish my writing for my paper. Suddenly my SV sent me a message. I am quite panic since there is still half of the part yet to complete due to challenges as I mentioned earlier. Apparently, a short message sent my SV was not that reason, but she wanted to take me to the place of mind and soul therapy. HAHA Alhamdulillah. And yesterday, I enjoyed treating the mind and soul by looking at the beauty of God's creation with fresh flowers. We get in the cool room and look, feel, caress the freshness of the roses, chrysanthemum, tulips, lavender, pompom and many. So today I feel better and energetic to continue my writing. No more tucked smoke in my head. Haha. I think this post so lady la… talking about flowers… by the way flower equal to women. No flower no women. Ok, bai.

Eight and floor of two.

haha...mengarut selalu.

Lembah Pantai.

Tuesday, November 14, 2017

bahagia

kebahagiaan manusia di dalam kehidupan ini terletak pada kecematan dan usaha kerana melaluinya orang kaya dan orang miskin akan didamaikan.
-Baddiuzaman Said Nursi-

Renyai hujan pagi ni, meliat rasa bangun pagi.

Namun perjuangan masih banyak membuntut.

Ayuh menapak sehingga habis anak tangga itu.

Kuatkan daya, hapuskan rasa kelana di jiwa.

Lantai dua.
Nombor Lapan.

Lembah Pantai.

Monday, November 13, 2017

Terus Jalan dan Lari

November sudah.
Jalan masih jauh.
Melalui liku-liku terowong gelap.
Mengharap cahaya dihujungnya. Insha Allah.
Banyak memori 2017 ni.
Memori yang mengajar erti perjuangan, pengorbanan dan penghargaan.
Tapi yang paling jelas kita perlu menghargai dan menyayangi diri kita dahulu.
Insha Allah, daya tarikan itu akan datang kepada kita.
Percayalah.
Percaya pada diri mu.
Kamu mampu seperti mereka yang telah bergelar juara.

Malaya
Lembah Pantai
2017, Nov 11

Monday, June 13, 2016

Masih terdaya

Duhai Allah berilah aku kesempatan menikmati larutnya kasihMu..
Salam ramadhan..

Lembah Pantai

Tuesday, January 5, 2016

Kuatkah?

Menyelak pagi dengan lafaz mulia
Menyulam kata berirama syukur
Gurau senda menjadi muzik indah
Tatkala mereka bersimpuh sekali
Aku pasti
Seindah kasih
Sedamai sayang
Setenang cinta
Aku pasti
Bukti cinta
Bukti kasih
Bukti sayang
Selalu disemat dan tersemat di hatiku
Merekalah jua penyejuk mataku
Merekalah jua permata hatiku
Merekalah kadangkala doktor hatiku
Merekalah jua konsultant hidupku
Aku tahu
Bertapa gembiranya hati mereka
Bertapa gamatnya suasana adanya mereka
Bertapa angannya kami bersama
Aku tahu
Aku rasai
Aku jiwai
Aku hayati
Namun Dia lebih tahu
mana yang lebih Haq,
mana yang lebih aula,
mana yang auliya,
Dia hadirkan kami dengan rahmat kasih sayangNya
Untuk kami bersyukur
Untuk kami bersabar
Untuk kami berfikir
Untuk kami berdoa
Untuk kami redha atas ketentuanNya.
Aku redha.
Aku terima.
Aku pasrah.
Tapi aku tetap berdoa demi keajaibanMu.
Ku lihat wajah yang kusayang bertapa Dia kasihkan mereka.
Direnjat rasa duka.
Dipijat rasa luka.
Tapi mereka redha.
Tapi mereka sabar.
Aku?
Aku bertahan dengan kuatnya di hadapan mereka.
Walau gugur memanik-memanik panas.
Meruap rasa bahang dimuka.
Meluah merahnya mata dek memanik itu
Hanya di hadapanMu ya Rabbi.
Kuatkah aku?
La qutwata illabillahi aliyil adzim..
Tiada yang Kuat dan Besar kuasa di fana ini melainkan kuasaMu, taqdirMu, iradatMu dan ketentuanMu.
Hasbirabbi jalallah ma fee qalbi ghairullah.

fiezarmy
20160105
Rasa Jiwa
Lembah Pantai

Tuesday, December 29, 2015

Bahagiakah...........?

Apa itu bahagia?
Kenapa mesti nak bahagia?
Apa tiada alasan lain mesti ada sesuatu baru bahagia?

Mesti ada kereta baru bahagia.
Mesti kahwin baru bahagia.
Mesti ada anak baru bahagia.
Mesti ada itu, ini, baru bahagia.

Definisi bahagia yang membuatkan manusia meletakkan sesuatu dalam bentuk fizikal ataupun proses duniawi barulah diterjemahkan apa itu bahagia. Bahagia tu ibarat bilik yang memerlukan anak-anak kunci untuk membolehkan kita ke bilik itu. Kunci-kuncinya adalah dengan bertaubat, takutkan Allah, mencintai Allah, sentiasa bertawakal kpdNya, sabar yang cantik, syukur atas nikmat ilmu,amalan dan suasana, IKHLAS berbuat amal kebajikan baik dalam tuturkata dan perbuatam, redha denhan ketentuan Allah, zuhud dan selalulah mengingati mati...

Jadi tak dak satu pun perkara yang disebutkan diatas ini menjadi punca kepada orang yang tidak berkahwin rasa tidak bahagia, orang yang berkahwin tiada anak tidak bahagia, orang yang tiada kereta tidak bahagia, orang yang tiada itu dan ini tidak bahagia. Jika masih ada maksudnya masih suka mencari alasan.

Berbahagialah kita dengan kunci-kunci yang disebutkan kerana semua orang berhak bahagia tidak kira kaya, miskin, papa kedana, half-half, banyak kerja, tiada kerja, ada dua tiga kerja dan sewaktu dengannya.

Kenapa perlu alasan untuk bahagia???

Sedangkan bahagia itu bisa digapai walau kita sendiri bertaqarub denganNya.

Siapa??
Pencipta yang mencipta kita Ya Allah, Ya Alim, Ya Hakim, Ya Rahman, Ya Raheem, Ya Wadud.
Yakni pemilik segalaaaaaa-gala kebahagiaan. Cuma mintalah bahagia itu dicampak ke dalam hati kita. Agar tenang dan tenteram di hati kita. Rasa lapang walau ujian setinggi gunung everest. Atau pun bukit lagi atau bukit kubu bagi rakan-rakan di Perlih.

Damailah wahai hati menyerah hati pada Ya Wadud. Pemilik segala cinta dan bahagia. Oh bahagianya...

Emas itu cantik,
Emas itu putih,
Hati ini berputik,
Dengan rasa merintih.

L.2 MLMU

Lembah Pantai

Sunday, December 27, 2015

Hujung Minggu, Hujung Tahun 2015

Selalunya masa di desa nan permai aku memang tak sempat untuk mengemaskini blog kesayangan ini kerana masa bersama-sama dengan permata hati ayahbonda memang membuatkan masa untuk bersama mereka sahaja. Hikmah terungkap sireh pulang ke gagang 2010.

Semoga Allah sentiasa memandang kita, memayungi kita dengan rahmat kasih sayangNya. 
Hanya redha Dia yang utama kita harapkan selama mana kita menumpang di bumi ini sehingga kita kembali kepangkuanNya nanti. 

Langsaikan hasrat murni, niat baik, keinginan indah jariah yang diidamkan. Mulakan dengan sedikit daripada tidak memulakan langsung. Hijrah setiap hari, kenali insan untuk diinsafi bukan untuk membangga diri. 

Mencari kunci yang hilang,
27hb Disember 2015
yummy cracker outside

Lembah Pantai

Sukarnya Ikhlas

Ini tajuk yang aku masukkan dalam draft pada 18hb February 2012 yang lalu.

Insha Allah nanti dapat ilmu, idea dan ilham aku akan terangkan.

Ada insha Allah.

Haha.... Kaizen Please!

Saturday, December 26, 2015

halangan terhalang

Lama sungguh tak mengemas bilik maya ni. Bersarang sungguh aku rasakan. Tak pa, masih aktif walau sedikit. Sempena di hujung tahun 2015 ni, jom kita singkap semula janji-janji manis atau dengan kata rasmi azam yang dijanjikan sebelum menutup tirai 2014.

Fikir-fikirkan lah. Ada yang terlaksana ada yang tak terlaksana bukan?

Bukan melontar persoalan ini kepada kawan-kawan ya. Tapi kulontarkan kepada diri ini yang selalu alpa dan lupa dan kadang-kadang buat-buat lupa dan ada juga sengaja melupakan agar terasa terlupa. Bahaya bukan?

Kenapa ianya menjadi halangan? Dan akhirnya menghalang apa yang dirancang. Kemudian buat-buat terhalang.

Sebenarnya halangan utama kita dalam melakukan sesuatu bukan kerana faktor persekitaran, luaran atau siapa-siapa tetapi faktor DALAMAN iaitu kita sendiri. Huhu

Dikala kita merangka perancangan dan kerangka perjalanan sama ada jangka masa pendek atau panjang halangan yang mendatang yang paling utama adalah diri kita sendiri bagaimana kita mahu mengerakkan apa yang dirancang.

Jadi, marilah kita kitar semula azam yang tak tercapai, perbaharui semula, gugur dan tambah kunci indeks prestasi kita. Ingat KPI kita bukan untuk manusia tetapi untuk ALLAH.

Semak, periksa, koreksi, dan cuba laksanakan semula. Kadang-kadang tak perlu tunggu nak masuk tahun baharu tapi perbaharuilah setiap hari. Seperti niat kita hidup di atas muka bumi ini sebagai satu ibadah.

Allah jualah sebaik-baik Penilai Utama kita.

Allahummar zuqna istiqomah wal ikhlass...

25 Disember 2015
The nucleus of knowledge
Beach Valley
1411

Softening Brush

 Bismillah. The hectic week has just begun, and I need to slot in my packed time, even 5 minutes, to sharpen my art skill of sketching up an...