Sunday, July 5, 2015

Perempuan, Isteri, Anak dan Pelajar

Ramadha ke 18, 1436 semalam membawa pada perspektif yang sangat luhur kepada seseorang saya kagumi. Menyingkap pertemuan atau kisah ukhuwah ketika kami sama-saaa belajar di Matrikulasi Nilam Puri lagi sekitar 1999. Berlainan majmuah bukan bererti persahabatan itu sukar untuk terjalin, hakikat sebuah persahabatan itu bermula dengan sebuah senyuman, tanya khabar dan sapa-sapaan yang berterusan. Kami bertanya khabar dan sentiasa ada ikatan ukhuwah walaupum tidak serapat mana pada ketika itu.

Mengorak langkah ke Kampus Induk di Kuala Lumpur dan berlainan jabatan tetapi di bawah satu pusat pengajjan juga membuatkan kami sering bertegur sapa dan bertukar-tukar maklumat. Seingat saya, kami selalu terserempak di perpustakaan dan ada juga waktunya saya menziarahinya di rumah sewa. Memang indah ukhuwah itu. Masih ingat lagi, saya ketika itu suka melibatkan diri dengan persatuan anak negeri, pernah menginap di rumahnya dan mengenali siapa orang tuanya dan siapa dia di mata orang tuanya. Kami juga akrab selepas terlibat dalam satu program motivasi didaerah Kubur Panjang Kedah.

Masa berlalu, kami tidak pernah pula berkongsi keinginan untuk sambung pengajian di peringkat sarjana. Tapi perancangan Allah selalu indah dan diaturNya dengan cintaNya. Habis pengajian di UniMalaya 2003 saya berhasrat untuk meneruskan perjuangan tradisi ilmu di peringkat sarjana. Di penjuru kota metropolitan, saya memilih UIA sebagai destinasi taman ilmu dan budi saya seterusnya. Tidkk disangka bertemu lagi dengan sahabat saya ini, kami sama sama berjuang diperingkat sarjana di Gombak. Di sinilah kami semakin akrab. Banyak kisah suka dan duka di kongsi bersama. Pastinya kami bukan di Kuliyyah yang sama namun berbeda. Walaupun berbeza, hasrat, cita-cita dan matlamat adalah sama iaitu menuntut ilmu di sana. Akhlaknya yang baik dan tutur katanya yang lembut selalu menjadi komplementari kepada saya. Ukhuwah itu sehingga lah kami habis menuntut sarjana di UIA.

Sesuatu yang terjadi itu selalu saya rasakan bukanlah suatu kebetulan tetapi sebuah ketentuan. Allah lah yang menentukan pertemuan kami selanjutnya, setelah saya habis sarjana di UIA saya terus mendapat peluang pekerjaan dalam industri kewangan di Kuala Lumpur. Namun atas dasar minat untuk berkongsi dnn menyampaikan ilmu yang tidak seberapa saya memohon untuk menjadi pendidil di KUIS. Alhamdulillah berhijrah saya ke Bandar Seri Putra dan bertemu lagi dengan sahabat saya ini dalam bukan perancangan kami. Alhamdulillah. Tautan ukhuwah itu semakin bertaut indah. Sehinggalah dia dipertemukan jodoh dan berhasrat untuk pulang ke Kedah. Akhirnya dia telah berjaya menempatkan diri di UUM. Alhamdulilah.

Dari persepsi saya, sahabat saya ini sangat kental jiwanya kerana saya melihat dia dalam pelbagai persepsi. Persepsi sebagai seorang anak, kepulangan ke kampung sebagai satu platform untuk membalas jasa ibu bapanya yang telah berjasa sehingga ke hari ini. Dia dapat melihat dan memantau keduanya di hadapan matanya. Secara tidak langsung, dapat berbakti secara mutlak kepada mereka. Hebat bukan?

Persepsi sebagai seorang isteri dan ibu kepada tiga cahaya mata. Pada saya sangat hebat dan sangat dikagumi. Ketika dia pulang untuk berkhidmat di UUM, kemudian dikurniakan seorang puteri comel. Dalam tempoh tersebut diberi peluang untuk menyambung diperingkat doktor falsafah dan dalam tempoh itu dikurniakan lagi seorang putera yang comel. Khidmatnya sebagai seorang isteri tiada tara tulus dan ikhlas mendapat redha suaminha. Malah suaminya meredhai dengan apa yang telah dia lalui. Mempunyai suami yang sangat membantunya dalam mendidik anak-anaknya. Saya lihat bertapa cekal dan tabahnya dia dalam mengharungi fasa-fasa ini. Menjadi suri dan ibu kepada suami dan anak-anaknya.

Persepsi sebagai seorang pelajar, menyambung pengajian diperingkat doktor falsafah bukanlah sesuatu yang mudah untum ditafsir prosesnya. Namun saya memberikan pendapat positif sikap dan sangkaan terhadap apa yang dilalui sahabat saya ini, dan tunggak utama redha suami dan ibu bapanyalah membuatkan proses perjalanan sebagai seorang pelajar itu membantu dia mengharungi segala mehnah dengan tenang dan sabar. Hasilnya dia akan viva tidak lama lagi. Sebelum viva 29 hari yang lalu dikurniakan seorang puteri yang comel. Kini tiga orang cahaya matanya dan akan menamatkan pengajiannya dengan viva pada 13hb Julai 2015. Buat sahabatku Norhanani Ismail, Allah sentiasa dengan hambaNya yang sabar dan redha. Ku yakin kejayaan itu nanti pasti milikmu.

Rasa panjang sungguh entri pagi ini. Sebab ingin diungkapkan sebuah persahabatan yang indah, sehinggakan Mak saya sendiri mengaguminya. Coretan untuk disimpan untuk pendoman dihari kemudian.

Fajar di ufuk timur,
Ramadhan 18, 1436
5-07-15

Wednesday, July 1, 2015

Mencari dan Mencari

Subuh dingin Ramadhan 1436 mengammit rasa.
Apa aku sudah jumpa yang dicari?
Apa aku puas apa yang dicari?
Apa aku pasti apa yang dicari?

Hati berdetik dan terus mendetik mencari jawapan ini.
Terlalu padat waktu
Terlalu kuat tekad
Terlalu sendat rasa
Terlalu rapat kata
Terlalu sarat jiwa
Mencari jawapan yang pasti
Menongkah rasa yang sendiri
Menguji jiwa yang terpatri
Menawan minat dihati
Menjunjung ilmu yang dinanti
Mengorak langkah ke destinasi
Mengharap Wadud Illahi
Dan inilah hakiki

Ramadhan hadir
Apakah diri dalam pencarian pasti
Apakah diri sedia diri
Apakah diri serah diuji
Apakah diri sudah menjiwai

Moga diri beroleh redha Ilahi
Terus menanti jawapan dan pekenan Illahi

Ufuk subuh,
'positive feeling'
Santan Castle Village
0700

Friday, June 19, 2015

Ramadhan Kareem

Assalamualaikum wrbt

Setelah lama kini saya kemaskini lagi blog ini. Sangat lama.

12.10
meja penyelidikan
paminu

Thursday, September 11, 2014

Kelana Diri

Kha, Sept 9, 2014 - Alhamdulillah. Masih ada fungsinya lagi blog ini walau sekian lama dibiar dipenuhi rumput-rumput dan lalang liar. Bukan masa yang harus dipersalahkan. Tapi salah lah diri sendiri.

Menyingkap 2014, banyak berlaku dalam hidup ini. Diungkapkan dalam satu kata-kata hikmah tersirat..

Injakan usia ini bukan tandanya tua
Injakan usia ini injakan fikiran dan tanda matang
Hati terusik dengan rencam manusia
Hati dipalu dengan rasa mendatang
Dilalui liku dengan ketenangan
Dipasak rasa hati yang satu
Menuju rasa cinta yang padu
Buat Nya kekasih yang satu

Hadir insan pelbagai ceritera
Hadir sahabat tanda keramat
Hadir teman sekadar bicara
Hadir rafiq sentiasa mengamat
Dicambah rasa pelbagai perisa
Suka ditambah dengan derita
Benci dibilas dengan rasa ketawa
Sabar juga dapat membahagia
Senyum terpancar menjadi cinta

Keringat terkerah kerana dek amanah
Amanah dilaksana kerana dek ibadah
Hadirkan ikhlas dalam amanah
Hadirkan syukur dalam ibadah
Hati dipukul rasa tak menentu
Hati menjadi rasa tak keruan
Hati menangis rasa tak tahan
Hati menanggung peritnya perasaan
KepadaNya jua tempat berpaut
KepadaNya jua rasa melaut
KepadaNya jua kasih bertaut

Sesaban hari mencari yang pasti
Saban masa mengungkai misteri
Saban ketika mengubat hati
Saban detik meraut cinta Illahi...
Hadir kembali sinar bahagia
Hadir bersama tenangnya jiwa
Tiada Dia tiadalah jiwa
Tiada Dia dihati mata kan buta
Jiwa kan sengsara
Raga kan binasa

Berkelana aku didaerah ini
Bukan destinasi yang terakhir
Akan kuterus jejaki ketenangan abadi
Akan ku capai cinta Illah..
Hanya Dialah Maha Melindungi...

Castle of Coconut Milk
2341
feeling released

Sunday, March 9, 2014

Menginjak Usia, Mengingat Mati

Assalamualaikum wbt wrt

Saya kurang pasti sama ada masih adakah kawan-kawan yang masih mengingati blog ini. Terlalu lama saya tinggalkan. Setahun berlalu tanpa berita. 2013 tanpa satu pun posting. Allah... Sebenarnya masih wujud, cuma tiada ruang untuk saya kongsikan dalam blog ini. Kalau diikutkan coretan pengalaman yang terisi 2013 saya pelbagai rasa yang boleh dicoretkan. Namun apa yang boleh saya katakan alhamdulillah walhamdulillah. Lebih selesa bermonolog sendirian di sini, mencoret rasa hati.

Semalam (Sabtu) seluruh Malaysia dan dunia dikejutkan dengan kehilangan MH370 dari KL ke Beijing. Saya tiada apa yang ingin dikongsikan, cuma berdoa agar diberi yang terbaik atas usaha semua pihak bagi membantu mangsa yang terlibat. Manakala awal pagi ini (Ahad) saya diberitakan dengan kematian bapa saudara saya pada pagi tadi. Alhamdulillah jenazah telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Keteri usai solat Asar tadi. Arwah adalah Cikgu Mustafa Yunus bekas guru yang telah banyak jasanya dalam dunia pendidikan. Talkin selepas upacara pengebumian menyebut, dan pastinya selalu kita dengar, "Apabila meninggal anak Adam itu hanya 3 perkara yang dibawa adalah anak yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan amal jariah". Semoga arwah ditempatkan di kalangan hamba yang beriman amiin.

Buat kita yang masih hidup, masa terlalu singkat untuk dipersia-siakan. Bekalan perlu diperhebatkan. Apa yang kita ada? Apa bekal yang kita ada sudah cukup? Apa yakin akan terang dengan amalan kita di barzarkh nanti? Apa luas taman-taman kita di barzakh nanti? Apa terang tempat pengabadian kita nanti? Sama-sama kita fikir dan audit.

Faqir ilallah,
-fiezarmy-
2014, Mac 09

Sunday, December 30, 2012

hujung 2012

Assalamualaikum,

Lama saya tak update blog.
Sukar nak cakap. Rindu nak update. 
Tapi kewajipan melebihi masa yang ada.
Hanya 2 post yang berjaya saya postkan. :)
Kenangan 2012. :)

Sudah dihujung 2012.
Banyak dilalui 2012. 
Banyak pengalaman telah dilalui.
Banyak pengajaran telah dipelajari.
Banyak teladan diambil iktibar.

Sentiasa berdoa yang terbaik 2013.
Semoga semua berjalan dengan baik.

Salam kasih sayang,
fiezarmy

Saturday, February 4, 2012

Kami Masih Meriah Di sini

credit to digital mukmin
Malam masih muda, masih ceria... team research kami masih tekun mengadap laptop masing-masing... menyiapkan soalan kaji selidik dan bab yang masih belum selesai. Kami perlu berhempas pulas selama 6 bulan ini. Masa macam tak cukup siang malam...al wajibat aktharu minal awqat....benar kata-kata sayyid hassan al bana...

Kluster~local product
mood kerije...blok B~tekno

Wednesday, October 26, 2011

Mukasurat Baru

Assalamualaikum


Hari ini saya cuti. Cuti umum. Ada dirumah. Masa ada. Ruang ada. Saya mengemas blog yang terbengkalai. Nak delete akaun terasa sayang, nak biar begitu saya rasa ada yang melawat. Tidak menjanjikan apa-apa untuk mukasurat baru. Tetapi lebih kepada terapi diri jika ada kelapangan.

Satu..
Dua..
Tiga..
Empat... Jemput-jemput!

1500
yorkshire

Sunday, May 15, 2011

selamat

Memandangkan sudah lama beno saya tidak mengemas rumah saya ni, banyak yang perlu diselesaikan.. sempena bulan mei ini... saya ingin mengucapkan...

"Selamat hari pekerja..
Selamat hari ibu..
Selamat hari jururawat..
Selamat hari guru..
Selamat hari keputeraan Raja Perlis.."

Semoga semuanya berjaya dunia & akhirat......

Friday, December 31, 2010

Wah....Akhir sudah...

Assalamualaikum...

Sudah dua bulan saya berkhidmat di tempat baru. Namun, kesempatan amat terhad untuk dicoretkan kisah-kisah baru di dalam blog kesayangan saya ini. Tetapi untuk entri malam ini malam 2010 ini, saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua kawan-kawan...Ini adalah kata-kata yang selalu kita dengar....:

"Semalam adalah kenangan......
       Hari ini adalah kenyataan......
                Esok adalah impian yang pastikan menjadi nyata.....
                        Insya Allah....."

Jom kita berazam untuk memperbaiki dan menkoreksi diri agar lebih baik dan cemerlang menjelang 2011...

Bismillahirahmanirrahim..

"Ya Allah...permudahkanlah urusan kami, hari ini...esok...dan mendatang agar kami senantiasa didalam rahmat dan kasih sayangMu yang berpanjangan dan berkekalan selamanya...Jadikanlah kami senantiasa taat dengan perintahMu dan pandanglah kami dengan belas kasihanMu...tunjukilah kami dengan nur dan inayahMu...Jangan biarkan kami terus jauh dariMu walau sesaat masa berlalu... Jadikanlah kami senantiasa dekat dan rapat sehingga sampai dalam setiap sedutan dan hembusan nafas kami melainkan hanya mengingatiMu ya Allah.. Wahai Allah....Wahai segala penolong kami.... berikanlah kami kecerdasan akal dan fikiran agar kami boleh menyelesaikan kekusutan yang kami hadapi, menenangkan kami ketika kami dalam kekabutan.... Ya Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengasihani....Jadikanlah kami ini dikalangan hamba-hambaMu yang berjaya di dunia dan akhirat... Jadikanlah kami redha dalam setiap amanah yang telah ditaklifkan kepada kami... Jadikanlah kami hamba-hambaMu yang ikhlas dalam apa sahaja tugasan serta pekerjaan yang kami lakukan.....Jadikanlah kami senantiasa beroleh kasih sayang sesama insan mahupun makhluk-makhlukMu ya Allah.... Ya Allah makbulkan lah segala hajat-hajat kami yang senantiasa benar-benar berharap padaMu.... Amin ya Rabbal'alamin...."

Softening Brush

 Bismillah. The hectic week has just begun, and I need to slot in my packed time, even 5 minutes, to sharpen my art skill of sketching up an...