Friday, March 12, 2010

cari ilham


Sunyi.

Sepi.

Lengang.

Anak-anak mula bercuti semester. Namun kami, kakitangan perlu berkhidmat sehabis daya. Kebetulan hari ini hari Jumaat. Aktiviti santai seperti membuat kek tiramitsu dijalankan ketika waktu rehat oleh pasukan muslimat yang komitted itu. Lajnah kami telah pun menyusun atur program-program sepanjang tahun. Harap berjalan dengan baik.

Tidak terkecuali saya cuma berbasa-basi melihat aktiviti memutar putih telur. "Mak-Mak" ini pandai memasak. Saya? Saya cuma pemerhati bebas sambil menikmati kek coklat moist K.Ati dan puding strawberi K. Hawa.

Papan kenyataan di pejabat utama sekolah telah terpapar senarai hampir penuh kakitangan sekolah yang bakal bercuti. Al-maklumlah cuti sekolah...

Jadinya dengan cutinya anak-anak ini, harapnya kakitangan dapat banyak ilham sebelum semester baru dibuka. Selamat Bercuti semua dan dibawah ini sedikit "reminder" buat kita semua... Lazatnya nikmat kita memakan kek tiramitsu itu....Sebenarnya lagi lazatlah makanan serta nikmat yang disediakan oleh Allah di syurga nanti...Namun..adakah kita akan tergolong dalam golongan yang Allah janjikan syurga di akhirat kelak untuk menikmati segala-gala nikmat itu? Allah... Rabbana atina fiddunya hasanah wa fil akhirati hasanah waqina'azabbannar....

Dari Anas bin Malik r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:

”Di dalam syurga terdapat sebuah pasar yang didatangi penduduk syurga setiap hari Jumaat. Angin bertiup dari sebelah kanan menyentuh muka dan pakaian mereka, menyebabkan muka dan pakaiannya bertambah cantik, tampan dan indah. Ketika mereka pulang ke rumah didapatinya isteri mereka bertambah cantik dan indah. Kata mereka kepada isterinya, “Engkau sungguh-sungguh tambah cantik dan pakaianmu tambah indah sepeninggalanku.” Jawab isterinya, “Engkau demi Allah sungguh tambah tampan dan pakaianmu tambah indah pula sekembalimu.”

(Muslim)

Hari Jumaat ialah hari kebesaran Islam bagi orang mukmin. Hari yang mulia ditentukan buat umat Muhammad SAW. Pada hari itu kepada sesiapa yang berdoa Allah akan memakbulkan doanya. Setiap muslim dikehendaki mempersiapkan diri untuk hari Jumaat mulai dari hari Khamis dengan membersihkan pakaian dan memperbanyakkan tasbih serta memohon keampunan kepada Allah SWT pada malam Jumaat lagi. Kerana pada masa itu nilai mulianya sama dengan masa yang dirahsiakan oleh tuhan pada hari Jumaat.

2302
walk to remember..~_~

Friday, March 5, 2010

Hijau Kebun

Trit… Trit…

Saya lihat ada MMS masuk dalam telefon bimbit saya.

Nama yang terpapar di skrin telefon saya adalah “Walid Saya”. Lantas saya membuka MMS tersebut. Dan masej tertera,

“Latest view at ma farm”



Lalu dengan pantas saya membalas,

“Wow dad! It’s growing well! That’s a good job! Well done to both of you… :)”

Ini adalah kebun Ayah saya. Di sinilah setiap hari Ayah
saya datang membanting tulang. Sekiranya bukan dimusim menanam sayur-sayuran, Ayah akan tampak cerah kulitnya. Baru-baru ini, Ayah menunjukkan apa telah jadi dengan kulitnya. Separuh telah pun dibakar mentari pagi. Saya tergelak melihat “sunburn” pada belakang badan Ayah. Separuh hitam separuh cerah. Sampaikan abang saya membekalkan baju-baju lengan panjang untuk mengurangkan kulit Ayah dimakan panas mentari. Sekarang musim menuai hasil sayuran. Hasil sayuran akan dibawa ke pasar borong atau pun kedai di kampong saya.

Mak juga akan turut bersama-sama dengan Ayah ke kebun. Ayah selalu kata kepada saya, bila kita berbakti kepada tanah banyak faedah dan manfaatnya. Sememangnya penat dengan kerja-kerja penyelengaraan tanaman. Tetapi pabila setiap hari melihat kehijauan tanaman mula membesar, hati kita akan berasa gembira dan tenang. Apatah lagi hasil tanaman menjadi dengan baik. Inilah andai kita berbakti dengan tanah. Bercakap dengan tanaman juga ibarat bercakap dengan makhluk Allah. Begitu juga Mak saya, Mak dikurniakan tangan yang sejuk. Cili, sayuran-sayuran juga ditanam ditepi-tepi rumah. Saya terfikir Allah telah jodohkan Mak dan Ayah sangat sesuai. Memiliki kelebihan yang sama.

Namun tidak dinafikan, bila musim tengkujuh Ayah dan Mak akan risau, angin yang kuat boleh menumbangkan tanam-tanaman mereka. Namun bila musim kemarau pula, panas yang berlanjutan menyebabkan tanaman menjadi kering, perlukan air yang banyak. Saya juga pernah mendengar Mak menyuarakan rasa hati kepada Ayah, harapnya hujan akan turun dalam jangka masa terdekat.

Maka hendaklah insan itu memperhatikan makanannya .Sesungguhnya Kami benar-benar telah mencurahkan air (dari langit) , kemudian Kami belah bumi dengan sebaik-baiknya.Lalu Kami tumbuhkan biji-bijian dari bumi itu , anggur dan sayur-sayuran , zaitun dan pohon kurma , kebun-kebun (yang lebat) dan buah-buahan serta rumput-rumputan , untuk kesenanganmu dan untuk binatang-binatang ternakanmu.

(Ayat 24-32 , Surah ‘Abasa)

***

Tidak lama kemudian Ayah membalas sms saya,

“Untuk menyara anak-anak mengaji and to appreciate how hard was Chak (grandfather) grow me up as today for hard earning of farmers..”

Hati saya tersentuh.. berkaca-kaca di tubir mata ini…

‘Dia yang mengadakan bumi untukmu sebagai tikar dan langit sebagai atap (bina) dan Dia menurunkan air hujan dari langit , lalu ditumbuhkan –Nya dengan air itu buah-buahan untuk rezeki bagimu; sebab itu janganlah kamu adakan bagi Allah beberapa sekutu , sedang kamu mengetahuinya’

(Surah Al-Baqarah , ayat 22)


1315
g22

Monday, February 15, 2010

tradisi Ilmu

Percutian saya kali ini diserikan dengan acara-acara keramaian kenduri-kendara kawan-kawan. Cuaca di desa agak "kehangatan" namun angin yang mendamaikan menyeimbangkan "kehangatan" di desa permai ini. Cuti kali ini, kesemua adik-beradik saya berkumpul di rumah. Cuma agenda berbeza-beza.

Bezanya hari ini, saya sudah pagi-pagi lagi mendapat pesanan ringkas dari anak murid saya yang menyatakan dia akan menghantar draf ke-dua latihan ilmiahnya. Sekitar pukul 10.30 dia sudah meng-email draf ke-duanya. Teringat suatu ketika dulu, saya berada ditempatnya menghubungi supervisor yang baik hati itu ketika saya menuntut di UIA dulu. Beliau selalu menjadi "cermin" kepada saya. Sebelum beliau menjadi supervisor saya, saya yang kebetulan pernah menjadi tutor yang mengajar subjeknya. Peribadinya, ilmunya dan caranya selalu membuatkan saya mengambil contoh. Sekarang saya sudah hampir sudah setahun lebih tidak bertemu dengannya kerana beliau kini menjadi pensyarah lawatan di University of Bahrain. Melalui surat maya dan sms sahaja membuatkan hubungan itu masih berkekalan. Sifatnya yang "down to earth" membuatkan saya terlalu menghormatinya. Guru..Semoga Allah payungi rahmat dan sejahtera yang berkekalan buatmu dari dunia sehinggalah ke akhirat.

Saya selalu meletakkan "reminder" supaya menjadikan diri terbaik dalam sepertinya dalam setiap aspek. Insya Allah. Jadinya, saya juga dalam usaha membentuk diri dan membantu yang terbaik ketika berhadapan dengan murid-murid saya. Selesai menyemak draf ke-dua, saya lihat dalam "kotak masuk" email saya ada lagi email seorang lagi yang menghantar draf ke-tiganya. Semoga mereka juga menjadikan diri mereka yang terbaik untuk ilmu Allah ini..“Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman diantaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat.”(Al-Mujadilah(58):11)

“Barangsiapa berjalan di satu jalan dalam rangka menuntut ilmu, maka Allah mudahkan jalan menuju jannah. Dan sesungguhnya malaikat meletakkan sayap-sayapnya bagi penuntut ilmu tanda redha dengan yang dia perbuat. “(Dari hadith yang panjang riwayat Muslim)

Bukalah jalan dan pintu buat kami bagi memudahkan kami menadah ilmu-ilmuMu..Permudahkanlah kami..

Santan Permai
~_~
the catalyst of knowledge tradition

Saturday, February 13, 2010

Desa Santan

Setelah hampir 11 jam, akhirnya tiba di sebuah pekan kecil nun di utara tanah air. Lama sungguh lama. Mendapat tempat duduk dibelakang bas bukanlah sesuatu yang istimewa, ibarat naik bot antara pulau ke pulau. Melambung-lambung. Al-maklumlah bas London...

Hanya rasa syukur ke hadrat Ilahi dapat balik ke native place. Terbaharu di pekan saya, "secret recipe" sudah wujud di sini. Jadi tak perlulah ke Jitra lagi.

Tiba di rumah, mak menanti dengan muka yang sangat ceria... kebetulan tiba serentak dengan adik dan wan. Mak dikucup dan dipeluk. Owh..ayah saya... pagi-pagi lagi sudah ke kebun. Dik yah kata hari ni ayah "half day" sahaja.

Mak sudah sediakan ketupat dan rendang daging. Saya tanya Dik yah, "Sapa yang raya ni????" "hah hah...kita lah.....", selamba dia menjawab. Sememangnya begitulah Mak bila anak-anak balik, menyediakan makanan paling sedap di dunia.

Ucapan untuk dua orang kakak:

Selamat Pengantin Baru kepada;

Kak Shafini dan Kak Dayah

Semoga kalian menjadi isteri solehah abadan abada..

Ketupat & Rendang
1141am
*bersiap untuk ke kenduri

Wednesday, February 10, 2010

I, II, III

I

Al-fatihah...Sekali lagi saya dikejutkan dengan kematian bapa anak murid saya Sherhan, orang Sabah. Paling sadis tatkala berita itu sampai sejurus selesai kelas saya semalam. Dia murid yang baik, seawal semester dia akan tiba ke kelas sebelum saya tiba. Banyak membuatkan saya dan rakan-rakan sekelasnya ketawa. Semalam berita kematian bapanya, membuatkan hati saya kagum. Dia kuat dan tabah serta boleh bercakap dengan saya. Malah memohon maaf kepada saya kerana tidak sempat menyampaikan berita itu sendiri kepada saya. Saya tahu, mungkin dia kaget bila mendapat berita tersebut, langsung kepada kawan-kawan tidak diberitakan penyakit apa. Moga arwah bapanya damai bersama-sama orang yang solehin.

II

Malam tadi dapat panggilan abah angkat dari Jitra. Suara gembira menanyakan khabar anakanda angkatnya... Saya tahu kalau pakcik telefon pasti kangen bangat pada anakandanya di Sudan. Saya sudah beberapa kali terlintas mahu menelefoni mereka mahu mengucap rasa gembira serta tahniah atas kebesaran Allah mengurniakan cucu perempuan. Tapi baru terlintas, terfikir-fikir pakcik dulu telefoni saya. Waduh... kok bisa bener telepathy ini. Suara gembira jelas di hujung talian, banyak mencurah kata nasihat serta perjuangan.Gembira anaknya dari Lubnan sudah pulang, kesihatan cucunya di UK sudah kembali baik. Nada sangat ceria. Tenang saya mendengarnya. Saya juga pohon agar mendoakan saya dikejauhan.. Alfun syukran Ustaz Khassim!

III

Waduh... bahasa saya semakin ke"indonesia"an.. penangan KCB dan KCB2. Ingin sekali mencari yang original. Bahasa yang dilontarkan sangat indah, puitis serta tepat pada kondisi setiap adegan.

Cinta adalah kekuatan yang mampu mengubah duri menjadi mawar, mengubah cuka menjadi anggur, mengubah sedih menjadi ria, mengubah amarah menjadi ramah, mengubah musibah jadi muhibah



~KCB~
2302

Monday, February 8, 2010

Datang dan Pergi



Sekalung takziah buat dua orang anak murid saya (dua beradik) yang kematian bapa mereka pada 7/2/2010.

Semoga Allayarham bapa kepada dua orang anak murid saya ini (A.N Fariha & A.N Farah) tergolong dalam golongan orang yang beriman. Al-fatihah. Saya tahu berat mata memandang berat lagi bahu memikul, saya dimaklumkan tiga beradik belajar di sekolah saya ini. Yang kebetulannya dua orang itu adalah anak murid saya. Berita pemergian bapa mereka ini barulah saya tahu bahawa mereka ini adik beradik. Credit to Amella for d info. Anak-anak, ingatlah yang PERGI tetap PERGI... Redhalah, terimalah... Kalian yang masih bernafas perlu teruskan perjalanan sehingga tiba ke destinasi itu.. Kuatkanlah semangat kalian. Sesungguhnya Allah selalu bersama-sama dengan orang yang bersabar...

Serta akhirnya,

SELAMAT MENJALANI PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER




Buat semua anak-anak didik saya.


PB
secerah pawana

Tuesday, January 5, 2010

tambah dan campur


Sisa-sisa masa makan tengahari masih lagi ada. Saya mengambil ruang untuk menambah entry untuk tahun baru.

Sungguh cepat masa berlalu. Sungguh pantas waktu berlari. Sungguh-sungguh benar detik-detik ini meninggalkan kita.

Jangkauan tahun masehi ini juga menjangkau jugalah usia kita semua, begitu juga lah saya.

Banyak perkara yang perlu dilaksanakan dalam tahun ini. Moga kesempatan yang terhad dan terbatas memberi ruang kepada saya melaksanakan sebaik mungkin.

Beberapa ucapan;

Kepada Kak Ma, selamat menjadi bunda tidak lama lagi, anakmu tidak sabar melihat dunia.
Kepada Mrs. MarVeL, juga selamat meniti hari-hari gembira untuk menjadi ibu kepada anak kembar tidak lama lagi.
Kepada Keb, semoga apa yang dihajati untuk 2010 terlaksana.
Kepada warga KLIFF 2010, selamat bergerak kerja. Patah tumbuh hilang berganti. Patah gigi ganti gigi palsu ok.
Kepada tuan punya So'od, sesungguhnya kesabaran dan berlapang dada itulah penawar segalanya. Daku tumpang gembira.
Kepada sapa-sapa yang mahu menikah ini tahun selamat pengantin baru dan selamat menimang cahaya mata sebanyak mungkin ok.

Buat Semua;

"Hadapilah dengan senyuman, apa yang terjadi biarkan terjadi. Teruskan berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir. Hidup ini perlukan perjuangan...Perjuangan perlukan pengorbanan...Pengorbanan perlukan kesabaran...."

*refresh mind
L3-23

Thursday, December 31, 2009

Amir Di Era Keemasan Islam


Era keemasan Islam (The Golden Ages of Islam) tertoreh pada masa ke pemimpinannya. Perhatiannya yang begitu besar terhadap kesejahteraan rakyat serta kesuksesannya mendorong perkembangan ilmu pengetahuan, tekonologi, ekonomi, perdagangan, politik, wilayah kekuasaan, serta peradaban Islam telah membuat Dinasti Abbasiyah menjadi salah satu negara adikuasa dunia di abad ke-8 M.

Amir para khalifah Abbasiyah itu bernama Harun Ar-Rasyid. Dia adalah raja agung pada zamannya. Konon, kehebatannya hanya dapat dibandingkan dengan Karel Agung (742 M - 814 M) di Eropa. Pada masa kekuasaannya, Baghdad ibu kota Abbasiyah - menjelma menjadi metropolitan dunia. Jasanya dalam bidang ilmu pengetahuan dan peradaban hingga abad ke-21 masih dirasakan dan dinikmati masyarakat dunia.

Figur Harun Ar-Rasyid yang legendaris ini terlahir pada 17 Maret 763 M di Rayy, Teheran, Iran. Dia adalah putera dari Khalifah Al-Mahdi bin Abu Ja’far Al-Mansur khalifah Abbasiyah ketiga. Ibunya bernama Khaizuran seorang wanita sahaya dari Yaman yang dimerdekakan dan dinikahi Al-Mahdi. Sang ibu sangat berpengaruh dan berperan besar dalam kepemimpinan Al-Mahdi dan Harun Ar-Rasyid.

Sejak belia, Harun Ar-Rasyid ditempa dengan pendidikan agama Islam dan pemerintahan di lingkungan istana. Salah satu gurunya yang paling populer adalah Yahya bin Khalid. Berbekal pendidikan yang memadai, Harun pun tumbuh menjadi seorang terpelajar. Harun Ar-Rasyid memang dikenal sebagai pria yang berotak encer, berkepribadian kuat, dan fasih dalam berbicara.

Ketika tumbuh menjadi seorang remaja, Harun Ar-Rasyid sudah mulai diterjunkan ayahnya dalam urusan pemerintahan. Kepemimpinan Harun ditempa sang ayah ketika dipercaya memimpin ekspedisi militer untuk menaklukk Bizantium sebanyak dua kali. Ekspedisi militer pertama dipimpinnya pada 779 M - 780 M. Dalam ekspedisi kedua yang dilakukan pada 781-782 M, Harun memimpin pasukannya hingga ke pantai Bosporus. Dalam usia yang relatif muda, Harun Ar-Rasyid yang dikenal berwibawa sudah mampu menggerakkan 95 ribu pasukan beserta para pejabat tinggi dan jenderal veteran. Dari mereka pula, Harun banyak belajar tentang strategi pertempuran.

Sebelum dinobatkan sebagai khalifah, Harun didaulat ayahnya menjadi gubernur di As-Siafah tahun 779 M dan di Maghrib pada 780 M. Dua tahun setelah menjadi gubernur, sang ayah mengukuhkannya sebagai putera mahkota untuk menjadi khalifah setelah saudaranya, Al-Hadi. Pada 14 Septempber 786 M, Harun Ar-Rasyid akhirnya menduduki tahta tertinggi di Dinasti Abbasiyah sebagai khalifah kelima.

Harun Ar-Rasyid berkuasa selama 23 tahun (786 M - 809 M). Selama dua dasawarsa itu, Harun Al-Rasyid mampu membawa dinasti yang dipimpinnya ke peuncak kejayaan. Ada banyak hal yang patut ditiru para pemimpin Islam di abad ke-21 ini dari sosok raja besar Muslim ini. Sebagai pemimpin, dia menjalin hubungan yang harmonis dengan para ulama, ahli hukum, penulis, qari, dan seniman.

Ia kerap mengundang para tokoh informal dan profesional itu keistana untuk mendiskusikan berbagai masalah. Harun Ar-Rasyid begitu menghagai setiap orang. Itulah salah satu yang membuat masyarakat dari berbagai golongan dan status amat menghormati, mengagumi, dan mencintainya. Harun Ar-Rasyid adalah pemimpin yang mengakar dan dekat dengan rakyatnya. Sebagai seorang pemimpin dan Muslim yang taat, Harun Ar-Rasyid sangat rajin beribadah. Konon, dia terbiasa menjalankan shalat sunat hingga seratus rakaat setiap harinya. Dua kali dalam setahun, khalifah kerap menunaikan ibadah haji dan umrah dengan berjalan kaki dari Baghdad ke Makkah. Ia tak pernah lupa mengajak para ulama ketika menunaikan rukun Islam kelima.

Jika sang khalifah tak berkesempatan untuk menunaikan ibadah haji, maka dihajikannya sebanyak tiga ratus orang di Baghdad dengan biaya penuh dari istana. Masyarakat Baghdad merasakan dan menikmati suasana aman dan damai di masa pemerintahannya. Dalam menjalankan roda pemerintahan, Harus Ar-Rasyid tak mengenal kompromi dengan korupsi yang merugikan rakyat. Sekalipun yang berlaku korup itu adalah orang yang dekat dan banyak berpengaruh dalam hidupnya. Tanpa ragu-ragu Harun Ar- Rasyid memecat dan memenjarakan Yahya bin Khalid yang diangkatnya sebagai perdana menteri (wazir).

Harun pun menyita dan mengembalikan harta Yahya senilai 30,87 juta dinar hasil korupsi ke kas negara. Dengan begitu, pemerintahan yang dipimpinnya bisa terbebas dari korupsi yang bisa menyengsarakan rakyatnya. Pemerintahan yang bersih dari korupsi menjadi komitmennya. Konon, Harun Ar-Rasyid adalah khalifah yang berprawakan tinggi, bekulit putih, dan tampan. Di masa kepemimpinannya, Abbasiyah menguasai wilayah kekuasaan yang terbentang luas dari daerah-daerah di Laut Tengah di sebelah Barat hingga ke India di sebelah Timur. Meski begitu, tak mudah bagi Harun Ar-Rasyid untuk menjaga keutuhan wilayah yang dikuasainya.

Berbagai pemberontakan pun tercatat sempat terjadi di era kepemimpinannya. Pemberontakan yang sempat terjadi di masa kekuasaannya antara lain; pemberontakan Khawarij yang dipimpin Walid bin Tahrif (794 M); pemberontakan Musa Al-Kazim (799 M); serta pemberontakan Yahya bin Abdullah bin Abi Taglib (792 M). Salah satu puncak pencapaian yang membuat namanya melegenda adalah perhatiannya dalam bidang ilmu pengetahuan dan peradaban. Di masa kepemimpinannya terjadi penerjemahan karya-karya dari berbagai bahasa.

Inilah yang menjadi awal kemajuan yang dicapai Islam. Menggenggam dunia dengan ilmu pengetahuan dan perabadan. Pada era itu pula berkembang beragam disiplin ilmu pengetahuan dan peradaban yang ditandai dengan berdirinya Baitul Hikmah - perpustakaan raksasa sekaligus pusat kajian ilmu pengetahuan dan peradaban terbesar pada masanya. Harun pun menaruh perhatian yang besar terhadap pengembangan ilmu keagamaan. Sang khalifah tutup usia pada 24 Maret 809 M pada usia yang terbilang muda 46 tahun. Meski begitu pamor dan popularitasnya masih tetap melegenda hingga kini. Namanya juga diabadikan sebagai salah satu tokoh dalam kitab 1001 malam yang amat populer. Pemimpin yang baik akan tetap dikenang sepanjang masa.

Pemimpin yang Prorakyat

Di era modern ini begitu sulit menemukan pemimpin yang benar-benar mencintai dan berpihak kepada rakyatnya. Sosok pemimpin yang mencintai rakyat pastilah akan dicintai dan dikagumi rakyatnya. Salah seorang pemimpin Muslim yang terbilang langka itu hadir di abad ke-8 M. Pemimpin yang pro rakyat itu bernama Khalifah Harun Ar-Rasyid.

Sang khalifah benar-benar memperhatikan dan mengutamakan kesejahteraan rakyatnya. Guna meningkatkan kesejahteraan rakyat dan negara, Harun Ar-Rasyid berupaya dengan keras memajukan perekonomian serta perdagangan. Pertanian juga berkembang dengan begitu pesat, lantaran khalifah begitu mena ruh perhatian yang besar dengan membangun saluran irigasi. Langkah pemerintahan Harun Ar-Rasyid yang serius ingin menyejahterakan rakyatnya itu mendapat dukungan rakyatnya. Kemajuan dalam sektor perekonomian, perdagangan dan pertanian itu membuat Baghdad menjadi pusat perdagangan terbesar dan teramai di dunia saat itu.

Dengan kepastian hukum serta keamanan yang terjamin, berbondong-bondong para saudagar dari berbagai penjuru dunia bertransaksi melakukan pertukaan barang dan uang di Baghdad. Negara pun memperoleh pemasukan yang begitu besar dari perekonomian dan perdagangan itu serta tentunya dari pungutan pajak. Pemasukan kas negara yang begitu besar itu tak dikorup sang khalifah. Harun Ar-Rasyid menggunakan dana itu untuk pembangunan dan menyejahterakan rakyatnya. Kota Baghdad pun dibangun dengan indah dan megah. Gedunggedung tinggi berdiri, sarana peribadatan tersebar, sarana pendidikan pun menjamur, dan fasilitas kesehatan gratis pun diberikan dengan pelayanan yang prima.

Sarana umum lainnya seperti kamar mandi umum, taman, jalan serta pasar juga dibangun dengan kualitas yang sangat baik. Khalifah pun membiayai pengembangan ilmu pengetahuan di bidang penerjemahan dan serta penelitian. Negara menempatkan para ulama dan ilmuwan di posisi yang tinggi dan mulia. Mereka dihargai dengan memperoleh gaji yang sangat ting gi. Setiap tulisan dan penemuan yang dihasilkan ulama dan ilmuwan dibayar mahal oleh negara.

Sangat pantas bila keluarga khalifah dan pejabat negara lainnya hidup dalam segala kemewahan pada zamannya. Sebab, kehidupan rakyatnya juga berada dalam kemakmuran dan kesejahteraan. Tak seperti pemimpin kebanyakan yang hidup dengan kemewahan di atas penderitaan rakyatnya. Sampai kapan pun, sosok Harun Ar-Rasyid layak ditiru dan dijadikan panutan para pemim - pin dan calon pemimpin yang ingin mencitai dan berpihak pada rakyatnya.

Jejak Hidup Sang Khalifah Agung Tahun 763 M : Pada 17 Maret, Harun terlahir di Rayy.
Tahun 780 M : Memimpin pasukan militer melawan Bizantium.
Tahun 782 M: Kembali memimpin pa - suk an melawan Bizantium hingga ke Bos porus.
Tahun 786 M: 14 September saudaranya Al-Hadi - khalifah keempat meninggal dunia.
Tahun 791 M: Harun kembali berperang melawan Bizantium.
Tahun 795 M: Harun meredam pembenrontakan Syiah dan memenjarakan
Musa Al-Kazim. Tahun 796 M: Harun memindahkan istana dan pusat pemerintahan dari Baghdad ke Ar-Raqqah.
Tahun 800 M: Harun mengangkat Ibrahim ibnu Al-Aghlab sebagai gubernur Tunisia.
Tahun 802 M: Harun menghadiahkan dua gajah albino ke Charlemagne sebagai hadiah diplomatik.
Tahun 803 M: Yahya bin Khalid (perdana menteri yang dipecat karena korupsi meninggal dunia.
Tahun 807 M: Kekuatan Harun mengusai Siprus.
Tahun 809 M: Harun meninggal dunia ketika melakukan perjalanan di bagian timur wilayah kekuasaannya. (rpb)

source: www.suaramedia.com

Friday, December 18, 2009

1 Muharram

Alhamdulillah atas nikmat usia yang dipinjamkanNya sehingga kita melangkah 1431H.

Selayak dengan hari tahun baru ini, cuaca di bumi BSP ini pun redup, tenang, angin sepoi-sepoi bahasa, sejuk dan menyeronokkan.

Saya? Saya tidak menyertai perhimpunan Tahun Baru di Putrajaya tetapi saya hanya bersiaran langsung di depan kaca televisyen di rumah sambil minum kopi Radix cicah dengan biskut empat segi Hwa Tai Luxury.

Sambil mendengar titah ucapan Sultan Kedah, sambil tangan ligat menanda kertas ujian anak-anak untuk dua subjek. Macam-macam anak-anak saya menjawab, maklumlah subjek saya ini lebih kepada menyaksikan kehebatan anak-anak saya goreng-mengoreng. Kadang-kadang ada yang digoreng sedap, dan ada juga yang habis hangus... aduhai anak-anakku...

Sehingga lewat Zuhur barulah saya usai menanda semuanya. Alhamdulillah.

Tiada apa yang menarik, mungkin esok hari lebih menarik, mungkin :) Insya Allah. Seandai benar tarikhnya esok saya dan sahabat saya mahu ke SA untuk mendengar ucapan nasihat daripada al-alamah tokoh Maal Hijrah ke-2 yang terpilih untuk 1431H ini, Prof. Yusuf el-Qaradawi. Insya Allah bi iznillah.

Maka Ahadnya pula terusan saya langsung ke majlis Resepsi ex-cert Azib di Taman Melawati. Semoga apa yang dirancang esok dipermudahkan Allah serta diberikan petunjuk yang baik selalu dan selamanya. Golongkanlah kami dalam orang yang Engkau kasihi Ya Allah...

Dua ucapan:

SELAMAT TAHUN BARU 1431H

SELAMAT PENGANTIN BARU KEPADA AZIB & FARA


1910
Nat Geo ~ Azan Maghrib

Tuesday, December 15, 2009

Hujan

Lebat.

Saya tengah menyaksikan keindahan kelebatan hujan turun.

Bunyi hujan sangat mengasyikan. Pastinya diselang-seli dengan bunyi guruh.

Sambil berfikir... sambil merenung... sambil menafsir...

Sememangnya dari pagi hari tadi cuaca sangat cerah dan cemerlang..

Teringat dengan pepatah, sediakan payung sebelum hujan...(sebab saya tak sediakan payung untuk balik) maka terpaksalah menanti dengan penuh sabar di sini.

Satu lagi, ku harap panas hingga ke petang, rupanya hujan ditengah hari. Kita merancang tetapi Dia lah penentu yang terbaik atas perancangan kita.

Kita fikir inilah cadangan yang terbaik buat kita tetapi apa-apa sahaja boleh berlaku dengan ketentuanNya...

Kita rasakan inilah yang terbaik untuk kita tetapi ada yang lebih baik yang Dia tentukan untuk kita. Orang dulu-dulu memberi pepatah mengikut resam dunia...

Begitulah kita...

(-_-)
menanti hujan seryat...

Softening Brush

 Bismillah. The hectic week has just begun, and I need to slot in my packed time, even 5 minutes, to sharpen my art skill of sketching up an...